Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Belum Sempat Ibu Masuk Rumah, Berdekah Tengok Gelagat Dua Beranak Lari Nak Mandi

Gelagat Dua Beranak
Kredit: @frhi.eztty10

Belum Sempat Ibu Masuk Rumah, Berdekah Tengok Gelagat Dua Beranak Lari Nak Mandi

Sebagai seorang ibu, pastinya sudah 'masak' dengan gelagat anak-anak yang mempunyai pelbagai ragam. Tak kecoh satu rumah memang tak sah.

Tambah 'pening' bila si suami pun sama naik dengan anak-anak, selalu saja ada benda yang perlu dibebelkan.

Memang haru si ibu memikirkan, tapi kadang kala momen itu sebenarnya mencuit hati bila diingat semula dan itulah antara kenangan untuk keluarga masing-masing.

Cuak tengok kereta ibu dah balik

Seperti yang dikongsikan oleh @frhi.eztty10 di TikTok, dia berkongsi satu video yang buat ramai warga maya terhibur.

Manakan tidak, video tersebut memaparkan gelagat anak dan suaminya yang 'kecut perut' bila tengok wanita itu pulang ke rumah.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam rumahnya, dua beranak itu dilihat sedang bersantai di hadapan televisyen, sebelum bertempiaran lari bila tengok kereta si ibu sudah sampai di depan rumah.

Kredit: @frhi.eztty10

Puncanya sebab belum mandi, bila ibu balik baru dua-duanya cuak ke bilik masing-masing.

"Yang sorang dari siang tak mandi, yang sorang balik kerja tak mandi. Tahu aku balik, berkecapuih masing-masing baru nak mandi.

"Kan aku dah cakap, anak aku sepasang," kata wanita itu.

Kredit: @frhi.eztty10

Apa yang buatkan video itu mencuit hati ramai bila suami dan anaknya serentak bangun, bagaikan sudah faham dengan nasib yang bakal menimpa mereka.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tentunya terhibur dengan video itu dan turut berkongsi pengalaman mereka.

"Tengok cara parking pun tahu dah"

"Sempat lagi kunci pintu ye bang, taktik melambatkan ke"

"Singa balik dah, singa balik dah"

"Ilmu apa sis pakai si anak lari kita dah biasa, anak mak mertua lari sekali tu yang kita nak belajar sangat"

"Dengan aku sekali lari pergi mandi"

"Hahaha ayah pun sama naik dengan anak"

"Dia dah lari tu, boleh pi balik pintu nak confirm betul ke bukan"

Walaupun terpaksa berdepan dengan ibu yang 'menyinga', ia salah satu momen yang akan menjadi kenangan untuk keluarga ini. Betul kata orang, rakamlah apa saja memori dengan keluarga kerana suatu hari nanti mungkin kita akan merinduinya.