Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Benjamin Netanyahu Masuk Hospital

Netanyahu Masuk Hospital
Kredit; AFP

Benjamin Netanyahu Masuk Hospital

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, telah dibawa ke Hospital Hadassah Ein Kerem, di Baitulmaqdis pada Isnin malam.

Menurut laporan pejabat Netanyahu, beliau dimasukkan ke hospital berkenaan bagi menerima rawatan pergigian.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut mengenai perkara itu.

Netanyahu Masuk Hospital

Pada bulan lalu, pemimpin berusia 76 tahun itu menyatakan beliau telah menjalani rawatan untuk tumor prostat malignan dan kemudiannya mengesahkan bahawa beliau sihat.

Netanyahu juga berkata beliau telah menangguhkan penerbitan laporan kesihatannya bagi menghalang kepimpinan Iran daripada menggunakannya sebagai propaganda.

Semasa perang dengan Iran, terdapat khabar angin di media sosial yang mendakwa Netanyahu telah meninggal dunia. Spekulasi mengenai status kesihatannya muncul di dalam mahupun luar negara.

Perdana Menteri Israel itu pernah dirawat di hospital beberapa kali sebelum ini kerana masalah kesihatan.

Pada tahun 2024, beliau menjalani pembedahan hernia, manakala pada tahun 2023, beliau telah dipasangkan perentak jantung (pacemaker).

Tahun lepas, beliau menghidap radang usus, namun berjaya pulih selepas menerima rawatan di rumah.

Sumber:Yahoo News