Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Berat Cecah 100KG, Krugets Si Anjing Hidap Obesiti

anjing obesiti
Gambar: Oddity Central

Berat Cecah 100KG, Krugets Si Anjing Hidap Obesiti

Kebiasaannya, kita sering melihat anjing mengalami kurang berat badan akibat tidak mendapat makanan yang cukup. Namun, lain pula cerita seekor anjing liar yang tinggal di bandar Nizhny Novgorod Rusia apabila mengalami “obesiti”.

Memetik Oddity Central, haiwan berkenaan dilaporkan hampir tidak dapat bangun susulan mempunyai berat badan berlebihan.

Sukarelawan di Nizhny Novgorod berkata mereka menemui haiwan tersebut dalam keadaan tidak mampu berdiri.

Gambar: Oddity Central

Difahamkan anjing liar itu mengalami sakit sendi dan hanya mampu bergerak dengan cara merangkak akibat masalah badannya.

Anjing yang bernama Krugets itu mempunyai berat 99.9 kilogram (kg) nyata mengejutkan orang ramai.

“Buat masa kini, anjing berkenaan telah diperiksa oleh pakar pemakanan. Kami mengambil sampel darah dan banyak lagi pemeriksaan kecuali patologi endokrin,” kata salah seorang sukarelawan yang menyelamatkan Krugets.

Mereka mengesyaki haiwan mengalami obesiti melampau kerana sering berkeliaran di pasar yang membuang sisa makanan anjing.

Sinaran X (X-ray) juga tidak dapat dilakukan terhadap anjing itu kerana ia tidak dapat menembusi sendi. Krugets perlu sekurang-kurangnya kehilangan 50 kg berat badan sebelum dibenarkan untuk melakukan pemeriksaan penuh.

BACA JUGA: Diberi Nama ‘Godzilla’, Si Monyet Hidap Obesiti Dengan Berat Badan 20kg

Menurut sukarelawan, meletakkan Krugets di hospital juga adalah satu isu kerana tiada kemudahan seperti sangkar yang besar untuk memuatkannya.

Lebih-lebih lagi, semua pemeriksaan ujian, pemakanan, dan ubat penahan sakit yang diperlukan anjing itu menelan kos yang agak tinggi

Gambar: Oddity Central

Difahamkan, setiap hari, Krugets bergantung sepenuhnya terhadap ubat tahan sakit meskipun berat badannya semakin menurun. Walaupun anjing itu memerlukan bantuan kereta khas untuk bergerak, namun ia sudah mampu bangun sendiri.

Haiwan berusia lima tahun itu kini masih dalam fasa pemulihan dan mempunyai keluarga yang menjaga seperti haiwan peliharaan lain.

Orang ramai termasuk pencinta haiwan turut menghulurkan bantuan sebagai bentuk menyokong usaha yang dilakukan oleh pasukan sukarelawan.

BACA JUGA: Nak Beli Kena Pastikan Ada Sticker Biru Ni Dulu, Baru Bil Air Rumah Tak “Melangit”

Sumber: Oddity Central