Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Berat Naik Sampai 280kg Sepanjang 5 Bulan “Lockdown”, Terus Digelar Lelaki Paling Gemuk Di Wuhan

Foto: Weibo

Sepanjang tempoh berkurung atau Perintah Kawalan Pergerakan, rakyat Malaysia menjalani kehidupan seperti biasa dan ada sesetengah orang yang menggunakan masa terluang ini untuk turunkan berat badan serta melakukan aktiviti sukan dalaman bersama keluarga.

Lain pula ceritanya di negara China, di mana seorang lelaki berusia 26 tahun dilabelkan sebagai orang yang paling gemuk di wilayah Wuhan. Hal ini demikian kerana berat badannya bertambah hingga 100kg selepas menjalani perintah berkurung selama lima bulan di rumahnya.

Menerusi portal Odditycentral berkata, lelaki ini antara penduduk yang terpaksa menjalani perintah berkurung akibat wabak pandemik Covid-19 yang dikatakan bermula dari wilayah tersebut.

Foto: weibo

Sebelum ini, lelaki tersebut yang bekerja di sebuah kafe menjalani kehidupan seprti orang normal yang lain. Namun, selepas perintah berkurung dilaksanakan, dia tidak dapat mengawal kalori dan cara pemakanan sehinggakan berat badannya meningkat kepada 616 paun iaitu 280 kilogram.

Hal ini mengejutkan salah seorang doktor yang berkhidmat di Wuhan University Central South Hospital apabila lelaki ini bertemunya dan menceritakan sejak bulan Januari lalu, dia tidak keluar dari rumah dan berat badannya ini membuatkan dia sukar untuk tidur dengan selesa.

Selepas beberapa orang doktor menolak untuk merawatnya, Dr Lia Zehn iaitu Timbalan Pengarah Pusat Pembedahan Obesiti di hospital tersebut mengambil tanggungjawab ini dan menolongnya.

Kegagalan jantung dan masalah pernafasan

Foto: Weibo

Lelaki ini dimasukkan di alam ICu untuk rawatan lanjut dan mendapati jantunya gagal berfungsi dan mengalami masalah kesukaran bernafas. Selama 10 hari dia dirawat di dalam ICU dan dirinya dalam keadaan stabil namun bahaya kerana masalah kegemukkannya disebabkan oleh faktor genetik dan endokrin.

“Saya harap dia dapat menyesuaikan diri dengan kaedah diet dan rehat yang cukup dan berat badannya dapat diturunkan hingga 50 paun dalam masa tiga bulan dan risiko untuk pembedahan dapat dikurangkan,” jelas doktor yang merawatnya.

Sumber: Odditycentral