Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Berhenti Saat Dipuncak Karier, Lelaki Kerja “Offshore” Nekad Pulang Kampung Demi Jaga Mak Sakit

Sofea
Gambar Via Faisal Rahimi
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Harta yang tidak ternilai bagi seorang anak adalah kedua ibu bapanya, tidak mungkin mampu untuk ditukar dengan segala emas dan permata sekalipun.

Sukar untuk digambarkan rasanya bila terpaksa menghadapi kehilangan mereka buat selamanya.

Selagi masih ada kudrat tersisa, berbuat baiklah kepada mereka sementara mereka masih lagi ada di dunia ini.

Ramai anak-anak yang telah berkorban segalanya demi berbakti kepada ibu bapa.

Termasuk Faisal Rahimi yang sanggup berhenti kerja demi menjaga ibunya yang mempunyai masalah kesihatan.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Faisal mengambil keputusan untuk menjaga ibunya kerana memikirkan tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan menjalani amanah yang telah diberikan oleh arwah ayahnya.

Walaupun dalam keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu, Faisal tetap bertekad untuk berhenti kerja offshore dan pulang ke kampung bagi berbakti kepada syurganya.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Pengorbanan berhenti kerja ambik keputusan jaga mak bukan semua orang boleh buat, aku tahu dalam kalangan kawan-kawan aku ada jaa yang lebih dari aku, orang gila tak buat kerja gila. Tambah-tambah musim kerja susah sekarang ni, takpa kerja boleh cari mak sorang tiada ganti. Walaupun kena beletiaq, itu normal. Adik mintak maaf mak walaupun tak seperti orang lain, kereta sendiri takdak, rumah sendiri takdak, apatah pasangan dan simpanan banyak. Tak apa mak, cukup untuk kita makan. Aku redha. Tanggungjawab, amanah arwah ayah bagi aku jalankan.

Gambar Via Faisal Rahimi

Sumber: Faisal Rahimi