Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Berjaya Bongkar Tempat Sembunyi 126.4gram Heroin, ‘Black’ Anjing Pengesan ‘Terima’ Sijil Penghargaan

Gambar: Facebook PolisKedah

Berjaya membongkarkan tempat penyembunyian dadah, seekor anjing baka Labrador dari Unit K9 Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi bernama Black, telah menerima sijil penghargaan daripada Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat.

Anjing tersebut telah berjaya mengesan dadah jenis Heroin dalam satu operasi yang diadakan pada awal Februari lalu.

Sebanyak 126.4 gram Heroin telah berjaya dibongkarkan oleh Black. Dadah tersebut ditemui di bawah kotak di sebuah pondok berhampiran rumah lelaki yang disyaki pengedar dadah berkenaan di Kampung Kelibang.

Selain daripada penerimaan sijil tersebut Black juga turut diberikan ganjaran berbentuk makanan berkhasiat berikutan prestasi cemerlangnya.

Gambar: Facebook PolisKedah
Gambar: Facebook PolisKedah

Sumber: