Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Berjaya Tambat Hati Rakyat Malaysia,” Sugu Pavithra Terima Kad Ucapan Dan Tripod Dari PM

Gambar: Bernama / FB Muhyiddin Yassin

Tidak perlu diperkenalkan lagi, Sugu Pavithra kini sememangnya telah menjadi ‘youtuber’ kegemaran rakyat Malaysia.

Dengan menghasilkan pelbagai masakan, resepi yang dikongsikan oleh Pavithra semakin menjadi ikutan ramai.

Bukan sahaja rakyat Malaysia, Sugu Pavithra juga mendapat perhatian dan dihargai oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi kiriman di Facebok Bernama TV, Perdana Menteri telah memberikan kad ucapan dan menghadiahkan ‘tripod’ kepada Sugu Pavithra.

Sememangnya, Sugu Pavithra nampaknya telah berjaya menambat hati rakyat Malaysia. Dengan pertuturannya menggunakan Bahasa Melayu bagi setiap videonya, setiap percakapannya yang mudah difahami disamping menggunakan ayat-ayat yang mudah.

Sumber: Bernama TV