Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Berkat Perut ‘Berlemak’, Lelaki Ini Tersangkut Dari Jatuh Dalam Perigi

Seorang lelaki di yang mempunyai berat sekitar 120 kilogram bernasib baik apabila ‘lemak’ di perutnya berjaya menyelamatkannya dari terjatuh dalam perigi, dalam kejadian yang berlaku di China.

Menurut laporan Kompas.com, lelaki berkenaan tersangkut pada bahagian mulut perigi dan memerlukan bantuan daripada anggota bomba untuk mengeluarkannya.

Laporan awal mengatakan lelaki berkenaan diminta oleh ibunya untuk membuang sampah ke dalam perigi berkenaan yang sudah tidak digunakan lagi, bagaimanapun ketika berdiri di berdekatan permukaan perigi itu, dia hilang keseimbangan dan terjatuh ke dalam perigi tersebut.

Anggota bomba yang tiba untuk menyelamatkannya terpaksa menggunakan tali yang dililit pada bahagian atas badan lelaki tersebut sebagai usaha untuk membebaskannya.

Ketika kejadian, lelaki berkenaan kelihatan tenang dan bergantung kepada bahagian perutnya supaya tidak jatuh lebih dalam.

Dia kemudian berjaya dikeluarkan dan hanya mengalami kecederaan luka kecil pada bahagian perut akibat bergesel dengan bahagian mulut perigi tersebut.

Sumber: Kompas.com