Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bertukar Tragedi, Remaja Lemas Semasa Mandi Manda Di Lata Kolam Air Deru Ecopark, Hulu Besut

Foto: Bernama

JERTIH, 18 Feb – Kegembiraan sekumpulan 29 remaja bercuti di Lata Kolam Air Deru Ecopark, Hulu Besut berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas ketika bermandi-manda.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih, Muhammad Tarmimi Che Musa berkata, 11 anggota bersama satu jentera digerakkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.50 petang

Beliau berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3.30 petang semasa Wan Amirul Nain Wan Abdul, 18, yang berasal dari Pulai Chondong, Kelantan di bahagian sungai yang agak dalam.

“Mayat Wan Amirul ditemui pada kira-kira pukul 5.00 petang di dasar sungai oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada jarak kira-kira empat meter dari tempat dia dikatakan lemas,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Bernama