Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
minyak full tank merugikan
Kredit: Bernama & Facebook

Betul Ke Isi Minyak “Full Tank” Merugikan? Ini Penjelasan Pakar

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Betul Ke Isi Minyak “Full Tank” Merugikan? Ini Penjelasan Pakar

Baru-baru, terdapat beberapa pengguna media sosial yang mendakwa bahawa tindakan mengisi minyak sehingga penuh atau full tank merupakan satu tindakan yang merugikan.

Hal ini kerana, tindakan ini akan memberikan berat tambahan kepada kenderaan anda. Berat tambahan ini pula akan menyebabkan perjalanan anda akan ‘memakan’ minyak lebih daripada sepatutnya.

Dakwaan ini telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan warga maya, khususnya pemilik-pemilik kenderaan persendirian.

Ada yang berpendapat bahawa kenyataan ini benar, ada juga yang merasakan dakwaan ini tidak tepat dan bersifat terlalu idealistik.

Manakan tidak, kebanyakan orang akan mengisi bahan api sehingga paras penuh, jika paras minyak pada tangki sudah menunjukkan paras rendah.

Susulan itu, pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Automotif, Dr. Aid Fawzal telah menjawab persoalan ini menerusi perkongsian di Facebook beliau.

Juga dikenali sebagai seorang jurutera simulasi, pakar aliran bendalir dan permindahan haba (fluid dynamics & heat transfer), berikut merupakan perkongsian daripada beliau:

Betulkah dengan mengisi minyak penuh (full tank) merugikan??

Ini separa benar!

Jom kita fahami isu ini..

Menurut penulis asal, isi minyak penuh akan menambah beban tambahan yang berlebihan (unnecessary). Walhal ini hanyalah separuh daripada realiti sebenar.

Sebagai contoh:

Contoh 1: Perodua Myvi

Saiz tangki = 40L

Ketumpatan petrol = ~740kg/m³

Maka berat tangki penuh berisi petrol = 30kg

Berat kereta = 950kg

Nisbah berat petrol terhadap berat kereta = 30/950 = ~3%

Contoh 2: Perodua Bezza

Saiz tangki = 36L = 27kg

Berat kereta = 940kg

Nisbah berat petrol terhadap berat kereta = 27/940 = ~3%

Contoh 3: Proton X70

Saiz tangki = 60L = 44kg

Berat kereta = 1675kg

Nisbah berat petrol terhadap berat kereta = ~3%

Kereta yang tangkinya boleh isi sampai 70L = 52kg seperti yang penulis asal sebutkan sebelum ini sudah pastinya merujuk kereta yang lebih besar daripada Proton X70.

Dan apabila badan kereta besar, berat kereta juga akan menjadi lebih berat. Akhirnya berat petrol apabila diisi penuh tadi hanya sedikit jika dibandingkan dengan berat keseluruhan kereta.

Rumusannya:

Adalah tidak benar yang kita akan rugi dengan selalu mengisi minyak penuh. Ini kerana berat isian penuh petrol tidak signifikan apabila dibandingkan dengan berat kereta.

Sebaliknya, kerugian dalam penggunaan petrol lebih terkesan atas faktor²:

1. Simpan barang-barang berat yang tidak diperlukan dalam kereta (seperti sub woofer, toolbox yang tidak digunakan dan lain-lain),

2. Pandu secara melulu,

3. Pandu kereta dengan kelajuan yang melampau,

4. Pasang bodykit yang tidak bersifat aerodinamik.

BACA: Nahas Helikopter TLDM: Muhammad Faisol Minta Bergambar Buat Kali Terakhir – Kakak

Sumber: Dr Aid Fawzal via Facebook