Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Dalam dunia perniagaan, kita biasa dengar ada sesetengah perniaga yang menggunakan sistem hutang (loan). Kebiasaannya hal sistem tersebut dilakukan oleh syarikat besar seperti Apple atau syarikat elektronik lain.
Namun ada juga syarikat kecil seperti ‘reseller’ Apple Iphone yang menggunakan sistem ini. Tapi berbaloi ke syarikat kecil seperti mereka untuk terus menggunakan teknik hutang kepada pembeli ni?
Seorang penasihat kewangan, Saifullah Suratmin baru-baru ini ada menjelaskan faktor-faktor kenapa peniaga kecil-kecilan tidak sesuai melakukan sistem hutang tersebut.
Ikuti perkongsian beliau di bawah ini. Semoga bermanfaat!
1. Ramai orang punyai tanggapan yang salah tentang prinsip biarlah bagi hutang asalkan ada sale. Sanggup memberi hutang semata-mata untuk ada sale.
2. Memang dalam bisnes ada yang kita beri dan ambil hutang. Dalam kes bisnes kredit (memberi hutang), mereka itu jerung, lambat bayar setahun akaun mereka tidak goyang.
3. Untuk yang baru mula bisnes, janganlah cuba-cuba nak main consignment, beri hutang dan sebagainya. Duit modal kita, kalau dah sangkut seminggu kita sudah cukup pening.
4. Kita biarkan sahaja jerung ambil sale itu, kita fokus kepada sale bisnes yang dibayar tunai. Biarpun untungnya kecil tetapi duit modal kita tidak pernah sangkut.
5. Stok di kedai kita, kita tahu nak buat apa untuk jadikan duit. Kita tahu bagaimana hendak pusingkan duit itu. Kita tidak perlu pening untuk menagih hutang jualan.
6. Apabila sale sudah berlaku, maka angka itu perlu dimasukkan dalam profit and loss. Apabila masuk sahaja dalam profit and loss maka cukai kena dibayar. Kalau setahun tidak dapat duit sale itu maka kita tanggung dulu cukainya. Bayangkan masalahnya bila kita tidak dapat duit sale itu.
7. Oleh itu masa bisnes kita masih kecil, fokus sahaja kepada jualan tunai. Biarkan stok itu dalam stor kedai kita, jangan duit di tangan orang.
Sumber: Saifullah Suratmin