Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Raja dicemari insiden vandalisme apabila beberapa billboard memaparkan poster calon Pakatan Harapan (PH), Fakharuddin Moslim dilaporkan dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Fakharuddin menerusi satu hantaran di Facebook hari ini yang memaparkan beberapa gambar billboard berkenaan dalam keadaan rosak.
Fakharuddin yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor serta Ketua PKR Cabang Tenggara berkata, tindakan tersebut tidak akan melemahkan semangat pasukannya untuk terus berkempen.
“Nampaknya ada yang tidak senang dengan kempen kami sampai billboard pun jadi sasaran.
“Tidak mengapa. Billboard boleh diganti, tetapi semangat kami untuk berkhidmat kepada rakyat Pasir Raja tidak akan pernah luntur,” katanya.
Menurut beliau, kempen pilihan raya seharusnya berlangsung secara matang dan sihat tanpa melibatkan sebarang bentuk sabotaj atau provokasi.
Katanya, rakyat perlu diberi ruang membuat penilaian sendiri terhadap calon yang bertanding melalui proses demokrasi.
“Mari kita berkempen secara sihat dan biar rakyat yang menentukan pilihan mereka di peti undi,” ujarnya.
Dalam hantaran sama, beliau turut memaklumkan bahawa satu laporan polis akan dibuat berhubung kejadian tersebut