Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bina Rumah ‘Banglo’ Untuk Kucing-Kucing Kesayangan Buat Ramai Terpegun, Siap Ada ‘Air-Cond’

Gambar: FB Kamarul Aishah

Bagi pemilik kucing, kucing yang dipelihara mereka bukan sekadar haiwan tetapi sudah dianggap sebahagian daripada keluarga. Baik dari segi makanan, perubatan, tempat tinggal dan segala yang terbaik akan disediakan kepada kucing kesayangan.

Bagi yang berkemampuan dan mempunyai rezeki lebih, kucing yang dipelihara bertuah apabila dapat menjalani kehidupan secara ‘kayangan’. Tidak ada salahnya, kerana semuanya terpulang kepada individu mengikut bajet dan citarasa tersendiri.

Seperti perkongsian oleh Tuan Kamarul Aishah menerusi Group Facebook Kucing Sepahkan Apa Hari Ini. Gambar-gambar rumah ‘banglo’ yang disediakan kepada anak-anak bulus kesayangannya, meraih perhatian ramai warganet di media sosial yang kagum akan keindahan rumah tersebut.

Rumah kucing ini sememangnya luar ‘biasa’ kerana direka dengan senibina yang moden ditambah dengan persekitaran yang indah dan hiasan dalaman yang lengkap untuk keselesaan kucing-kucing menghabiskan waktu di sini. Sangat cantik dan memukau. Pendek kata, memang bertuah lah anak-anak bulus yang mendiami banglo ini!

FB Kamarul Aishah
Gambar: FB Kamarul Aishah
Gambar: FB Kamarul Aishah
Gambar: FB Kamarul Aishah
Gambar: FB Kamarul Aishah
Gambar: FB Kamarul Aishah
Gambar: FB Kamarul Aishah
Gambar: FB Kamarul Aishah
Gambar: FB Kamarul Aishah
Gambar: FB Kamarul Aishah
Gambar: FB Kamarul Aishah
Gambar: FB Kamarul Aishah
Gambar: FB Kamarul Aishah

Sumber: FB Kamarul Aishah via Group Kucing Sepahkan Apa Hari Ini?