Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
JDT hari lahir ronaldo
Gambar: JDT / X @ Jese Rodriguez

Bintang JDT Ucap Selamat Hari Lahir Kepada Ronaldo

Iqbal Yasir

Bintang JDT Ucap Selamat Hari Lahir Kepada Ronaldo

“Selamat hari lahir buat pemain terbaik dalam sejarah bola sepak” ucap bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Jese Rodriguez kepada Cristiano Ronaldo.

Jese yang juga bekas rakan seperjuangan Ronaldo di Real Madrid dahulu berkata demikian dalam satu hantaran di platform X.

Bintang JDT itu pernah beraksi dengan bintang Portugal pada musim 2011 hingga 2014 bersama Los Blancos.

Sepanjang karier bola sepak, Jese membuat 353 penampilan dan telah menjaringkan 81 gol dan 49 bantuan jaringan.

Untuk makluman, Ronaldo menyambut kelahirannya yang ke-40 pada hari ini, 5 Februari.

“Saya pemain bola sepak paling lengkap dalam sejarah” – Ronaldo

Sebelum ini SK melaporkan Ronaldo percaya bahawa dirinya merupakan pemain bola sepak paling lengkap sepanjang masa, petik ESPN

Pemenang lima kali Ballon d’Or yang kini bermain bersama kelab liga Arab Saudi, Al Nassr telah memecahkan banyak rekod sepanjang kariernya dan merupakan penjaring gol terbanyak dalam sejarah bola sepak lelaki dengan 923 gol setakat ini.

“Siapa penjaring gol terbaik dalam sejarah? Ia bergantung pada angka, noktah,”

“Siapa pemain yang telah menjaringkan paling banyak gol dengan kepala, kaki kiri, sepakan penalti, sepakan percuma? Saya melihat statistik baru-baru ini, dan walaupun saya bukan pemain kaki kiri, saya berada dalam 10 penjaring terbaik dengan kaki kiri dalam sejarah.

“Begitu juga dengan tandukan, kaki kanan, dan penalti,” kata Ronaldo dalam satu wawancara bersama program televisyen Sepanyol El Chiringuito.

Ditanya mengenai perbandingan antara dirinya dan bintang Argentina Lionel Messi, Ronaldo berkata dia menghormati peminat untuk meminati pemain itu termasuk Pelé, atau Diego Maradona.

Bagaimanapun, Ronaldo memberitahu bahawa statistik membuktikan siapa yang terhebat.

“Saya bercakap mengenai angka. Saya rasa saya pemain paling lengkap dalam sejarah.

“Saya boleh lakukan segalanya dalam bola sepak sama ada tandukan, sepakan percuma ataupun dengan kaki kiri. Saya pantas dan saya kuat.

“Satu perkara lagi, jika anda lebih suka Messi, Pelé, Maradona, saya faham dan hormati itu. Tetapi jika anda mengatakan Ronaldo bukan pemain lengkap…

“Saya adalah yang paling lengkap. Saya belum melihat sesiapa yang lebih baik daripada saya,” ujarnya.

Sumber: X @ Jese Rodriguez

BACA: Mat Saleh ‘Rindu’ F1 Dikembalikan Di Litar Sepang

BACA: Dilabel Banjir Terburuk Di Sarawak, Syarikat Ini Terawal Turun Padang Tapi Ini Yang Mereka Buat