Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pelakon filem Jurassic Park, Sam Neill dilapor meninggal dunia secara mengejut pada usia 78 tahun, selepas pulih daripada kanser.
Perkhabaran duka itu disampaikan menerusi satu hantaan di Instagram.
"Kehilangan ini berlaku secara tiba-tiba dan di luar jangkaan, namun kami bersyukur kerana Sam disahkan bebas daripada kanser," kongsi hantaran itu.
Neill meninggal dunia di Sydney, di mana pihak keluarganya turut memberikan penghormatan kepada sebuah hospital swasta di bandar tersebut atas jagaan yang diberikan.
Untuk makluman, Pelakon dari New Zealand itu, yang membintangi watak Dr. Alan Grant dalam filem pecah panggung tahun 1993, Jurassic Park.
Sebelum ini dalam memoirnya pada tahun 2023 mendedahkan bahawa beliau mengalami kanser limfoma bukan Hodgkin tahap tiga.
Bagaimanapun, beliau mengumumkan pada bulan April bahawa beliau telah pulih daripada kanser selepas menjalani rawatan untuk kanser darah tahap tiga tersebut.
Kerjaya lakonan Neill bermula pada tahun 1970-an dan merangkumi puluhan peranan dalam TV dan filem, termasuk Peaky Blinders, The Hunt for Red October, dan The Piano.
Apabila tidak berlakon, Neill juga menguruskan ladang-ladang anggur di kawasan Central Otago yang indah di South Island, New Zealand.