Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bintang Liverpool, Mohamed Salah Dilapor Positif COVID-19

Gambar: GiveMeSport

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah telah disahkan positif COVID-19, lapor Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA).

Satu kenyataan yang dikeluarkan EFA telah mengesahkan bahawa pemain berusia 28 tahun itu sedang mengasingkan diri selepas diuji positif COVID-19, menjelang kempen kelayakan Piala Negara-Negara Afrika menentang Togo.

“Pemeriksaan kesihatan yang dilakukan semasa ketibaan pasukan bola sepak kebangsaan kami mendapati bahawa pemain antarabangsa kami, Mohamed Salah, bintang Liverpool, dijangkiti koronavirus, selepas ujian yang dijalankan ke atasnya positif, walaupun tidak mengalami sebarang gejala.

“Semua ahli pasukan yang lain negatif.”

Sumber: Independent