Sadio Mane yang merupakan bintang bola sepak kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool dilaporkan positif COVID-19.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh kelab berkenaan dalam satu tweet sebentar tadi.
Beliau menunjukkan simptom-simptom jangkita yang sederhana dan ketika ini diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri.
Selain Sadio Mane, seorang lagi pemain baru skuad penyandang juara ini, iaitu Thiago Alcantara juga disahkan positif COVID-19 sebelum ini turut menjalani kuarantin.
Sumber: Liverpool FC
