Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

BMW Panggil Balik Ratusan Ribu Kereta Di Seluruh Dunia
Pengeluar kereta dari Jerman, BMW, akan memanggil semula ratusan ribu kenderaan di seluruh dunia berikutan potensi risiko pemula enjin (starter) yang boleh mencetuskan kebakaran, kata seorang jurucakap syarikat itu kepada AFP pada Rabu.
Syarikat tersebut juga akan menulis surat kepada pemilik kenderaan untuk menggantikan pemula enjin yang berkemungkinan rosak.
Menurut BMW dalam satu kenyataan, sebanyak 16 model yang dilengkapi pemula enjin yang dihasilkan antara Julai 2020 hingga Julai 2022 mungkin terjejas susulan elektromagnet yang menunjukkan kehausan berlebihan dari semasa ke semasa.
“BMW AG mengesyorkan agar selepas menghidupkan enjin, terutamanya selepas fungsi menghidupkan enjin dari jauh, kenderaan tidak dibiarkan tanpa pengawasan dengan enjin masih berjalan,” kata pengeluar kereta itu dalam kenyataan berkenaan.
Tambah kenyataan itu lagi, susulan aduan pelanggan dan pemeriksaan kenderaan, didapati bahawa pemula enjin pada kenderaan yang dikenal pasti boleh menjadi rosak
“Selain itu, litar pintas pada elektromagnet tidak boleh diketepikan. Akibatnya, pemanasan setempat pada pemula enjin boleh berlaku. Dalam kes paling teruk, ia boleh menyebabkan kebakaran kenderaan ketika sedang dipandu,” tambah syarikat itu.
Antara model yang terjejas ialah BMW Siri 2 Coupe, beberapa varian Siri 3, Siri 4 dan Siri 5, Siri 6 Gran Turismo, sedan Siri 7 serta model X4, X5, X6 dan Z4.
Pada 2024, BMW terpaksa mengurangkan unjuran prestasinya selepas menanggung kerugian bernilai ratusan juta euro susulan penarikan balik 1.5 juta kenderaan akibat masalah brek rosak yang dibekalkan oleh Continental.
Namun, jurucakapnya menegaskan penarikan terbaharu ini tidak akan memberi sebarang impak kepada pendapatan BMW.