Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
MIC keluar BN
Gambar: BERNAMA
BN Belum Terima Surat Daripada MIC Berhubung Usul Keluar Gabungan – Ahmad Zahid

Hannah

BN Belum Terima Surat Daripada MIC Berhubung Usul Keluar Gabungan – Ahmad Zahid

SEMENYIH, 14 Dis (Bernama) — Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa pihaknya masih belum menerima surat daripada MIC, berhubung usul parti itu untuk keluar daripada gabungan tersebut.

“Saya tidak nampak apa-apa resolusi ataupun surat (dari MIC).

“Dan tentunya kita tidak membuat sebarang keputusan, tetapi kalau mereka tidak dapat membuat keputusan, kita (BN) akan membuat keputusan (mengenai MIC keluar dari BN),” katanya kepada media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF Malaysia), di sini hari ini.

Beliau berkata tiada pertemuan diadakan antara BN dan MIC selepas parti itu mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-79, yang meluluskan usul untuk keluar daripada gabungan tersebut.

Dalam masa sama, Ahmad Zahid turut mengingatkan parti komponen dalam BN untuk berfikir panjang sebelum membuat keputusan meninggalkan gabungan yang telah dimeterai sejak sekian lama.

“Landskap politik akan berubah, saya yakin akan berubah sebab dalam tempoh 24 bulan untuk menuju Pilihan Raya Umum ke-16, pelbagai perkara boleh berlaku dan ia hampir pasti akan berlaku.

“Jadi saya menyebutkan jangan menyesal jika keputusan itu tidak dibuat mengikut perubahan landskap politik, saya takut mereka berada di dalam keadaan gantung tidak bertali dan jangan menyesal kalau keadaan itu berlaku,” katanya tanpa menamakan parti yang berkenaan.

Sementara itu, ditanya adakah BN akan mempertimbangkan untuk menerima IPF sebagai sebahagian parti teras dalam gabungan itu, beliau berkata perkara itu tertakluk kepada persetujuan parti komponen yang lain.

“Oleh kerana kita tertakluk kepada perlembagaan BN, semua parti dalam gabungan BN mesti secara konsensus sebulat suara bersetuju untuk menerima mana-mana parti yang menyertai BN sebagai parti teras.

“Maka atas kekangan Pelembagaan dalam parti BN itulah, bukan hanya IPF, tetapi banyak parti-parti lain tidak diterima sebagai parti teras,” katanya.

Sumber: BERNAMA