Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bom Mortar Ditemukan Di Tepi Sungai

Gambar via Bernama

KOTA BHARU, 3 Jan (Bernama) — Sebutir bom mortar ditemukan sekumpulan kanak-kanak yang sedang mandi di tepi Sungai Gertak Kertitir di Pasir Tumboh, Kubang Kerian di sini, petang tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu Supt Mohd Suhaimi Ali berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan bom berkenaan pada kira-kira pukul 4.55 petang.

“Bertindak atas maklumat sepasukan anggota Unit Pemusnahan Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bergegas ke kawasan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan objek yang ditemukan disahkan adalah ‘mortar bomb practice inert’ berwarna putih yang digunakan bagi tujuan latihan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Suhaimi berkata bom mortar itu kemudiannya dibawa oleh UPB bagi tujuan permusnahan.

Sumber: Bernama