Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bomba Selamatkan Enam Mangsa Terperangkap Kepala Air Di Yan

Kepala Air Di Yan
Kredit: JBPM Kedah

Bomba Selamatkan Enam Mangsa Terperangkap Kepala Air Di Yan

ALOR SETAR, 29 Jun (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyelamatkan enam mangsa yang terperangkap akibat fenomena kepala air di Kampung Permatang Keramat, Jalan Batu Hampar, dekat Yan, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan Penolong Penguasa Bomba Mohd Farid Mohd Razali berkata Pusat Gerakan Operasi JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu melalui talian MERS 999 pada 10.16 pagi.

“Enam anggota BBP Yan tiba di lokasi 15 minit kemudian dan mendapati berlaku fenomena kepala air yang menyebabkan air sungai melimpah ke kawasan kampung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bomba menyeberangi kawasan yang ditenggelami air dengan menggunakan sistem tali dan semua mangsa berjaya diselamatkan.

Operasi tamat pada 11.19 pagi.


Sumber:BERNAMA