Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Brazil Catat 1,179 Kematian Angkara COVID-19 Hari Ini, Jumlah Korban Tertinggi Sehari

Sao Paulo, Brazil — Brazil telah mencatatkan jumlah kematian kes virus korona tertinggi sehari pada hari ini.

Kementerian Kesihatan negara Amerika Latin itu mengesahkan sebanyak 1,179 kematian dan 17,408 jangkitan baru pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 17,971 kematian dan 271,628 kes yang telah dijangkiti.

Pada Isnin lepas, Brazil dilapor menjadi negara ketiga dengan jumlah kes positif COVID-19 tertinggi di belakang Amerika Syarikat dan Rusia

Namun, Presiden Brazil Jair Bolsonaro masih menolak ancaman virus tersebut dengan mengatakan kuarantin dan lockdown akan memberi kesan yang lebih buruk terhadap ekonomi Brazil.

Beliau berulang kali mengatakan Covide-19 hanyalah “demam yang kecil” dan terus mendesak perniagaan dibuka semula, walaupun ramai gabenor berusaha melaksanakan langkah pengasingan sosial.

Sumber: CNN