Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Brazil Sahkan Kes Pertama COVID-19

Gambar:BERNAMA

SAO PAULO, 27 Feb (Bernama) — Pihak berkuasa kesihatan Brazil pada Rabu mengesahkan kes pertama COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

Menteri Kesihatan Brazil Luiz Mandetta berkata pada sidang akhbar, seorang lelaki berusia 61 tahun didapati positif COVID-19, kes pertama disahkan di Amerika Latin.

Pesakit itu tiba di Sao Paulo minggu lalu selepas mengunjungi Perancis dan Itali, kini dikuarantin di rumah serta dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Terdahulu, pesakit itu dirawat di Hospital Albert Einstein, kata Mandetta.

— BERNAMA