Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
brics Palestin keahlian penuh
Gambar: Bernama

BRICS Tegaskan Sokongan Untuk Keahlian Penuh Palestin Dalam PBB

Iqbal Yasir

BRICS Tegaskan Sokongan Untuk Keahlian Penuh Palestin Dalam PBB

KAZAN (Rusia), 24 Okt (Bernama) — BRICS pada Rabu menegaskan semula sokongan terhadap keahlian penuh Negara Palestin dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

“Kami menegaskan sokongan kami terhadap keahlian penuh Negara Palestin dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam konteks komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap visi penyelesaian dua negara berdasarkan undang-undang antarabangsa termasuk resolusi UNSC (Majlis Keselamatan PBB) dan UNGA (Perhimpunan Agung PBB) yang berkaitan serta Inisiatif Keamanan Arab yang merangkumi penubuhan Negara Palestin yang berdaulat, merdeka dan berdaya maju selaras dengan sempadan yang diiktiraf antarabangsa pada Jun 1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya, hidup berdampingan dalam keamanan dan keselamatan dengan Israel,” menurut Deklarasi Kazan.

Para pemimpin yang menyertai sidang kemuncak itu mengulangi “kebimbangan mereka terhadap kemerosotan keadaan dan krisis kemanusiaan di Wilayah Palestin yang Diduduki, khususnya peningkatan keganasan yang belum pernah berlaku sebelum ini di Semenanjung Gaza dan di Tebing Barat akibat serangan tentera Israel, yang membawa kepada pembunuhan beramai-ramai dan kecederaan orang awam, pemindahan paksa serta kemusnahan meluas infrastruktur awam.”

Mereka menegaskan “keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera, komprehensif dan kekal di Semenanjung Gaza,” dan “bekalan bantuan kemanusiaan yang tidak terhalang, mampan dan berskala besar ke Semenanjung Gaza,” sambil mengecam “serangan Israel terhadap operasi kemanusiaan, kemudahan, kakitangan dan pusat pengagihan.”

Mereka mengalu-alukan “usaha berterusan oleh Mesir, Qatar serta usaha serantau dan antarabangsa lain untuk mencapai gencatan senjata segera, mempercepatkan penghantaran bantuan kemanusiaan dan pengunduran Israel dari Semenanjung Gaza,” sambil menyeru pematuhan kepada undang-undang antarabangsa.

Mereka menyuarakan kebimbangan bahawa “peningkatan konflik di Semenanjung Gaza akan mencetuskan ketegangan, ekstremisme dan kesan negatif yang teruk di peringkat serantau dan global,” sambil mengakui langkah sementara Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam prosiding undang-undang yang dimulakan oleh Afrika Selatan terhadap Israel.

Sumber: BERNAMA

BACA: Malaysia Dan 12 Negara Lain Diiktiraf Secara Rasmi Sebagai Negara Rakan BRICS