Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bromley 450, Marshall Hidupkan Suasana Dengan Speaker Parti Terbaru

Syamimi
BROMLEY

Bromley 450, Marshall Hidupkan Suasana Dengan Speaker Parti Terbaru

Marshall memperluaskan rangkaian speaker parti dengan pelancaran Bromley 450. Mewarisi rekaan ikonik Marshall seperti model lebih besar, Bromley 750, speaker mudah alih yang lebih kompak ini tetap tampil dengan karakter tersendiri.

Dilengkapi teknologi True Stereophonic 360°, jangka hayat bateri melebihi 40 jam serta lampu pentas terbina dalam, Bromley 450 memastikan setiap ruang bertukar menjadi pusat perhatian menandakan parti sudah bermula.

Setiap perincian Bromley 450 direka dengan teliti. Kawalan sentuhan fizikal memberikan pengalaman penggunaan yang intuitif, manakala binaannya yang kukuh memastikan ia mampu bertahan dalam suasana bising, penggunaan intensif dan sesi hiburan yang berpanjangan.

Kemasan kulit PU berasaskan air membaluti struktur premium, diperkemaskan lagi dengan pelindung sudut daripada plastik TPU untuk ketahanan tambahan. Gril logam bercop pula melindungi sistem pencahayaan yang diinspirasikan daripada pentas muzik era 70-an.

Sama ada di ruang tamu, festival atau halaman rumah, Bromley 450 bukan sahaja menampilkan prestasi audio yang mantap, tetapi juga gaya yang menyerlah, menjadikannya speaker Bluetooth yang benar-benar mencuri perhatian dalam apa jua suasana.

Sama ada majlis berlangsung di dalam atau di luar, anda tidak perlu risau tentang kualiti bunyi. Speaker mudah alih ini dilengkapi teknologi True Stereophonic 360° yang menghasilkan audio menyeluruh yang bukan sahaja jelas, malah boleh dirasai dari setiap sudut ruang.

Bromley 450 juga berfungsi sepenuhnya tanpa wayar serta tahan percikan air dan habuk dengan penarafan IP55, menjadikannya sesuai untuk pelbagai suasana. Saiznya yang praktikal, bersama pemegang terbina dalam, memudahkan ia dibawa ke mana sahaja dan menjadi teman sempurna untuk setiap suasana hiburan.

Selain itu, Bromley 450 menggunakan bateri boleh ditukar ganti yang sama seperti Bromley 750, membolehkan sesi hiburan berlanjutan lebih lama. Ia turut dilengkapi dua port kombo untuk sambungan mikrofon dan instrumen ideal untuk sesi DJ spontan atau malam karaoke bersama rakan-rakan.

“Pada tahun lalu, kami memperkenalkan speaker parti pertama kami, dan kami teruja untuk terus mengembangkan rangkaian ini seawal musim ini,” kata Hanna Wallner, Pengurus Produk, Marshall Group. “Bromley 450 merupakan kesinambungan semula jadi kepada Bromley 750, sebagai versi yang lebih kompak dalam keluarga yang sama. Walaupun lebih kecil dan pada harga yang lebih berpatutan, ia tetap dilengkapi ciri-ciri hebat daripada bunyi yang memenuhi setiap sudut ruang, pencahayaan berinspirasikan pentas, hingga rekaan ikonik Marshall yang tersendiri,” tambah beliau.

“Dengan Bromley 450, kami mahu mengekalkan segala kelebihan yang ada pada Bromley 750, tetapi dalam bentuk yang lebih kompak,” kata Malcolm Kennedy, Pengarah Audio & Akustik, Marshall Group. “Ia masih menawarkan bunyi khas Marshall bass yang padu dan responsif, mid yang jelas, serta high yang terperinci. Melalui reka bentuk unik 360° True Stereophonic kami, speaker ini sentiasa mampu menjadi tumpuan utama, sambil mengekalkan kedalaman dan suasana muzik kegemaran anda,” tambah beliau.

Bromley 450 kini boleh didapati bermula hari ini di marshall.com pada harga RM3,699, dan akan mula tersedia di Harvey Norman, Thunder Match serta Urban Republic bermula 31 Mac 2026. Sila rujuk maklumat spesifikasi penuh dan butiran lanjut seperti di bawah.

CIRI UTAMA BROMLEY 450

Bunyi 360° True Stereophonic

Sama ada parti di rumah atau tapak festival, muzik sentiasa terasa dekat dengan pengalaman audio yang menyeluruh. Setiap rentak tersebar ke setiap sudut ruang, memastikan suasana sentiasa hidup di mana sahaja anda berada. Dengan susunan pemacu di sekeliling speaker, anda boleh terus masuk mood menari dengan hanya menekan butang play dan parti pun bermula.

Lebih 40 jam masa mainan mudah alih

Dengan jangka hayat bateri yang panjang, Bromley 450 direka untuk memastikan hiburan berterusan tanpa henti. Ia mampu memainkan sehingga ratusan lagu berturut-turut dalam satu sesi. Untuk penggunaan lebih lama, anda boleh menambah bateri gantian sebagai sokongan atau sambungkan terus menggunakan kabel AC yang juga berfungsi untuk mengecas semula bateri.

Lampu pentas terbina dalam

Marshall memahami bagaimana mencipta suasana pencahayaan yang menghidupkan pengalaman muzik. Tiga mod pencahayaan tersedia untuk menambah tenaga kepada setiap suasana daripada pencahayaan ambien yang santai hingga pergerakan cahaya dinamik yang selari dengan rentak muzik. Hasilnya, suasana parti bukan sahaja kedengaran meriah, malah benar-benar ‘terasa’.

Input mikrofon & instrumen

Detik paling menyeronokkan selalunya berlaku secara spontan. Dengan sambungan untuk mikrofon dan instrumen, anda boleh mengubah parti menjadi sesi gig spontan atau karaoke dengan mudah, sambil menambah elemen muzik secara langsung untuk mencipta malam yang pasti dikenang bersama rakan-rakan.

Tahan habuk & percikan air

Dengan penarafan IP55, Bromley 450 bersedia untuk pelbagai lokasi, dari taman, festival hingga ke halaman rumah. Percikan air atau habuk bukan lagi halangan, menjadikannya speaker yang boleh diharap dalam apa jua keadaan. Tidak perlu bimbang walaupun sedikit habuk sewaktu penyimpanan juga tidak akan menjejaskannya.

Pemegang terbina dalam

Direka untuk mobiliti, Bromley 450 dilengkapi pemegang terbina dalam yang memudahkan ia dibawa ke mana sahaja. Sama ada ke pantai, tapak festival atau perjalanan harian, ia boleh dimuatkan dengan mudah ke dalam kereta atau dibawa bersama dalam perjalanan supaya suasana sentiasa bersama anda.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian, sila klik pautan berikut untuk mengunjungi Marshall Official Store di Shopee dan Lazada.

Shopee : https://shopee.com.my/marshall.os

Lazada : https://www.lazada.com.my/shop/marshall/