Arab Saudi melaksanakan hukuman mati terhadap seorang lelaki dan wanita warga Bangladesh selepas didapati bersalah melakukan perbuatan tidak senonoh di sebuah masjid di Makkah.
Berdasarkan kenyataan agensi berita rasmi Saudi Press Agency (SPA), Kerajan Dalam Negeri Arab Saudi berkata pihak keselamatan menahan kedua-dua individu itu selepas mereka didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral di dalam sebuah masjid di kota suci berkenaan.
Arab Saudi Jatuhkan Hukuman Mati Kepada Dua Warga Bangladesh
Hasil siasatan membawa kepada pertuduhan terhadap kedua-duanya sebelum kes dibawa ke mahkamah berbidang kuasa, yang kemudian menjatuhkan hukuman mati berdasarkan prinsip ta'zir dalam undang-undang Islam.
Kementerian itu menjelaskan hukuman berkenaan dijatuhkan berdasarkan keseriusan kesalahan, pencabulan kesucian masjid serta keadaan ketika perbuatan tersebut dilakukan.
Keputusan mahkamah kemudian dimuktamadkan selepas disahkan pihak berkuasa kehakiman berkaitan, sebelum satu perintah diraja dikeluarkan bagi membolehkan hukuman itu dilaksanakan.
Hukuman mati terhadap kedua-dua warga Bangladesh itu dilaksanakan pada Rabu, 14 Oktober 2026, di wilayah Makkah, menurut kenyataan kementerian berkenaan.


