Budaya buang kucing adalah zalim dan kejam, jadi betul ke orang kata daripada buang, lebih baik kita mandulkan?
Kucing merupakan salah satu haiwan manja yang menjadi pilihan ramai orang untuk dijadikan haiwan peliharaan.
Selain dari bulu yang gebu dan telatah yang mencuit hati, ada juga yang beranggapan haiwan comel ini mampu memahami situasi tuan mereka, lebih-lebih lagi ketika dalam keadaan sedih.
Seperti yang kita tahu, haiwan ini diciptakan dengan tahap akal fikiran yang berbeza dengan manusia, justeru cara kucing membezakan sesuatu perkara itu sama ada baik atau buruk juga ‘berbeza’.
Walaupun begitu, tidak dinafikan terdapat segelintir manusia yang tergamak berlaku kejam terhadap haiwan tidak berdosa ini seperti yang kerap tular di media sosial.
Selain itu, tanpa kita sedar, budaya membuang kucing kerana populasinya yang terlalu banyak gara-gara tidak dimandulkan juga adalah salah satu sifat yang boleh dianggap kejam.
Menurut perkongsian dari Twitter milik seorang doktor haiwan, Dr. Irma kongsikan pandangan beliau mengenai kes ini. Ikuti perkongsian beliau yang telah disertakan dibawah.
Budaya buang kucing ketika musim perayaan
‘Budaya’ pembuangan kucing yang selalu berlaku, setiap tahun, ketika musim perayaan. Perbuatan zalim, yang tak patut berlaku. Aniaya namanya tidak kira apa jua alasan!
Just because kami ni klinik haiwan atau mana-mana tempat lain yang rasakan selamat atau mampu menanggung ‘dosa’ korang ni, tak bemaksud boleh sesuka hati tinggalkan/ buang kucing. Ini adalah perbuatan yang salah!
Bila disuruh mandulkan, kata berdosa, zalim, kesian. Lepastu, buang ni? Tak dosa? Tak zalim? Anda boleh dikenakan tindakan dan didenda di bawah akta kebajikan haiwan jika didapati bersalah membuang haiwan peliharaan merata-rata.
Sumber: TikTok Dr. Irma
