Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

BUDI MADANI Mei Disalur Mulai Hari Ini

Iqbal Yasir
BUDI MADANI Mei
Kredit: Bernama

BUDI MADANI Mei Disalur Mulai Hari Ini

Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bayaran bantuan tunai BUDI MADANI (Budi Diesel Individu) sebanyak RM400 sebulan (bulan Mei) disalurkan kepada penerima yang layak pada 9 Jun 2026, Selasa hari ini.

Menurut MOF, telah menetapkan tarikh pembayaran bagi tahun 2026 dalam satu hantaran di Facebook.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan bersetuju menaikkan bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Diesel (BUDI Madani) Individu daripada RM300 kepada RM400 sebulan bagi bulan ini.

"BUDI Agri-Komoditi dijangka memanfaatkan lebih 200,000 petani dan pekebun kecil dengan dana tambahan sekitar RM20 juta sebulan.

"BUDI Diesel Individu dijangka memanfaatkan sekitar 150,000 pemilik kenderaan diesel individu di Semenanjung dengan dana tambahan sekitar RM15 juta sebulan," katanya.

Apa Itu BUDI MADANI?

Kredit: Bernama

BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak.

Belanjawan 2024 yang diumumkan komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.

Bagi memastikan Kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan.

Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.

Kategori BUDI MADANI

Di bawah BUDI MADANI, terdapat tiga kategori iaitu Budi Individu, Budi Agri-Komoditi dan My Subsidi Diesel.

Budi Individu merujuk kepada bantuan subsidi tunai RM400 sebulan (Bermula April) untuk pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak.

Manakala Budi Agri-Komoditi pula bantuan kepada petani dan penternak bagi meringankan kos bahan api dan operasi pertanian.

MySubsidi Diesel adalah permohonan pembayaran balik sementara bagi pemohon Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) yang masih menunggu kelulusan “fleet card”.

Cara mohon BUDI MADANI

Untuk makluman, pemohon boleh membuat permohonan secara dalam talian di laman web https://budimadani.gov.my yang akan dibuka sepanjang tahun.

Untuk mengetahui lebih lanjut berhubung syarat-syarat kelayakan BUDI MADANI, orang awam diminta melayari https://budimadani.gov.my atau boleh menghubungi talian bantuan BUDI MADANI di nombor 1-800-88-2747/03-88824565/03-88824566 atau secara e-mel di alamat [email protected]