Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Bukan Sebab Suhu Badan Panas,” Perkara Yang Anda Perlu Tahu Pasal Ulser Di Mulut Dan Perut

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Mungkin ramai yang pernah terkena ulser sama ada di bahagian perut atau mulut. Lazimnya kita sering terkena ulser mulut, ia berlaku akibat terlalu kuat menggosok gigi atau tergigit tanpa sengaja.

Tidak dinafikan, bila terkena ulser ini sangat menyakitkan terutama sekali ketika makan.

Bila bercakap tentang ulser ini, ramai yang berkata ia berlaku akibat daripada cuaca yang panas. Jadi, mereka akan meminum air sebanyak mungkin atau berkumur dengan air garam. Sebenarnya ianya salah.

Penjelasan sebenar daripada Doktor Gafoor Mubarak yang menceritakan tentang punca ulser mulut dan perut berlaku kepada seseorang.

Berdasarkan penjelasannya, punca ulser mulut bukannya kerana haba badan yang panas serta rawatannya hanya mengambil ubat sapu (krim) atau antibiotik.

Selain itu, ulser perut terjadi akibat stres, merokok atau jangkitan kuman sejenis H-Pylori yang dikesan melalui skop.

Jadi, kedua-dua penyakit ini adalah berbeza. Paling penting bukan akibat suhu badan yang panas.

Sumber: Dr Gafoor Mubarak