Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bukan Sekadar Pusat Pentadbiran Negara, Putrajaya Kini Muncul Sebagai Destinasi Pelancongan Serba Lengkap

DESTINASI

Bukan Sekadar Pusat Pentadbiran Negara, Putrajaya Kini Muncul Sebagai Destinasi Pelancongan Serba Lengkap

IOI Resort City, bandar yang menawarkan destinasi gaya hidup menyeluruh dan perkhidmatan hospitaliti, kini muncul sebagai pendorong pertumbuhan sektor pelancongan dan MICE di Putrajaya. Selain berperanan sebagai pusat pentadbiran, Putrajaya kini memperluaskan daya tarikannya sebagai destinasi pelancongan.

Le Méridien Putrajaya, Palm Garden Hotel Putrajaya dan Moxy Putrajaya menawarkan destinasi penginapan bertaraf antarabangsa, pelbagai pilihan restoran dan kafe mewah, dewan bagi majlis keramaian serta acara perniagaan. Destinasi bersepadu ini sekaligus membentuk imej Putrajaya yang lebih dinamik untuk menjadi tumpuan buat pelancong dalam dan luar negara, kumpulan korporat, serta penganjur acara.

Tiga hotel berprestij di Putrajaya ini mempunyai kelainan tersendiri dan menawarkan pengalaman hospitaliti yang berbeza. Tetamu mempunyai pilihan sama ada Le Meridien Putrajaya yang menawarkan penginapan moden dan berseni atau Palm Garden Hotel Putrajaya yang memberikan pengalaman santai dan selesa, ataupun Moxy Putrajaya yang memberikan suasana bertenaga dan riang. Setiap hotel ini membawakan personaliti tersendiri dalam menawarkan pengalaman percutian keluarga di hujung minggu, destinasi majlis perkahwinan impian, dan ruang majlis keraian serta acara korporat sekaligus menyumbang kepada pembangunan landskap hospitaliti Putrajaya yang kian berkembang.

“Pengunjung masa kini semakin mengutamakan destinasi yang menawarkan praktikaliti, kepelbagaian dan pengalaman yang menyenangkan ketika bercuti. Pengunjung inginkan fleksibiliti dalam memilih jenis penginapan, restoran atau kafe mewah dan dewan acara bersesuaian dengan minat dan gaya hidup mereka. Seiring dengan perubahan citarasa pengunjung, destinasi yang menyediakan pelbagai kemudahan menjadi sasaran kerana ia memberikan pengalaman percutian yang menyenangkan dan bermakna.  kata Pengurus Besar Le Méridien Putrajaya, Sonal Malik.

Le Méridien Putrajaya: Pengalaman Penerokaan, Menjamu Selera dan Keraian Selama Sedekad 

Sempena sambutan ulang tahun ke-10 pada Ogos tahun ini, Le Méridien Putrajaya terus menerapkan falsafah jenamanya yang berinspirasikan pengaruh Perancis, iaitu menikmati keindahan hidup menerusi budaya, kulinari dan jalinan yang bermakna. Sejak sekian lamanya, hotel ini telah menjadi lokasi pilihan untuk majlis perkahwinan, majlis keraian, persidangan serta acara korporat.

Hotel ini menawarkan 19 ruang acara serba guna yang telah menjayakan banyak majlis pelbagai saiz. Diiktiraf dengan Anugerah Juara Hotel Gaya Hidup Terbaik oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya pada tahun 2025,  hotel ini menawarkan lapan kategori penginapan berbeza bagi memenuhi keperluan tetamu daripada tetamu percutian sehinggalah kepada tetamu perniagaan sekaligus menyediakan pengalaman hospitaliti yang mengimbangi elemen penerokaan, keselesaan dan kemesraan di bawah satu bumbung.

Mempunyai akses terus ke IOI City Mall, Le Méridien Putrajaya menawarkan destinasi penginapan bertaraf antarabangsa, pelbagai pilihan restoran dan kafe mewah, dewan bagi majlis keramaian dan acara perniagaan serta membeli-belah dalam satu destinasi.
Le Meridien Putrajaya adalah destinasi majlis perkahwinan impian dan menyediakan ruang sofistikated bagi majlis keraian dan acara korporat sekaligus memudahkan para penganjur dalam menguruskan acara.

Bagi Le Meridien Putrajaya, pengalaman menjamu selera di restoran atau kafe adalah sama penting dengan pengalaman penginapan yang bermakna. Di Le Mei, Chef Eksekutif Masakan Cina, Lim Kian Meng, membawakan kepakaran kulinari selama lebih dua dekad  dalam menu tradisi Kantonis, menjadikannya sebagai pilihan utama untuk santapan bersama keluarga, keraian atau jamuan perniagaan.

Le Mei, restoran kepakaran masakan Cina menyajikan hidangan istimewa dan lazat. Restoran ini dihiasi dengan hiasan dalaman yang mewah, sesuai untuk majlis keramaian,  acara korporat, majlis perkahwinan serta destinasi sajian bersama keluarga.

Sementara itu, Latest Recipe menawarkan suasana yang meriah menerusi santapan  bufet yang pelbagai dan lazat, manakala Latitude 02 pula menawarkan suasana yang santai  untuk tetamu menikmati kopi artisan dan pencuci mulut sambil bersosial. Kepelbagaian restoran dan kafe serta pengalaman kulinari ini menjadi sebahagian daripada identiti hotel, yang berjaya menarik minat pelancong tempatan serta luar negara, memberikan tetamu pengalaman percutian yang bermakna.

Palm Garden Hotel Putrajaya: Percutian Berteraskan Warisan Tempatan

Palm Garden Hotel Putrajaya menawarkan corak percutian yang lebih menenangkan dalam kalangan destinasi berkenaan, menggabungkan warisan Malaysia dan hospitaliti kontemporari dalam suasana bertemakan pusat peranginan. Dikelilingi pohon yang subur menghijau, hotel ini menyediakan ruang istirahat yang santai buat keluarga, pasangan dan pelancong yang mendambakan ketenangan.

Keunikan suasana tempatan ini dizahirkan menerusi pengalaman menjamu selera, terutamanya di Madam Lee Nyonya Private Dining yang menawarkan keaslian citarasa tradisi Peranakan, serta Baba Bar yang menampilkan minuman berinspirasikan Peranakan menggunakan gabungan unik ramuan tempatan.

Para tetamu juga boleh menikmati pengalaman Kopi Dulu, iaitu ritual kopi ikonik hotel yang memberi penghormatan kepada kemewahan budaya kopi Malaysia sambil menikmati bayu lembut di The Courtyard, atau menikmati pelbagai hidangan kegemaran tempatan dan antarabangsa di Palms Café. Melalui pembukaan Durian Hub tidak lama lagi, Palm Garden Hotel Putrajaya terus memartabatkan tradisi tempatan menerusi pengalaman yang mengajak para tetamu untuk bersantai dan menikmati pengalaman unik yang ditawarkan.

Bukan hanya destinasi menjamu selera, Madam Lee Nyonya Private Dining menawarkan pengalaman warisan Peranakan yang imersif, menggabungkan pelbagai citarasa Nyonya Utara, sentuhan kebudayaan dan hiasan dalaman yang berinspirasikan warisan bagi meraikan salah satu tradisi paling unik di Malaysia.

Moxy Putrajaya: Destinasi Sosial Meriah Bertenaga

Membawakan tenaga yang berbeza ke destinasi ini ialah Moxy Putrajaya, sebuah hotel yang menampilkan karakter hospitaliti yang lebih ceria dan berjiwa sosial. Direka khas untuk pelancong yang mementingkan interaksi sosial, suasana spontan dan ekspresi diri, hotel ini memberi nafas baharu kepada konsep penginapan konvensional menerusi ruang komuniti yang dinamik bagi menggalakkan tetamu beramah mesra, bersantai dan memanfaatkan setiap detik.

Sama ada bermain bersama rakan-rakan di ruang sosial yang disediakan, menikmati hidangan ringan di Three.6.5, atau menikmati minuman koktel di Moxy Bar sambil menyaksikan pemandangan Putrajaya selepas senja, seluruh pengalaman di sini dirangka demi membina interaksi dan detik yang boleh dikongsi bersama. Semangat jiwa muda inilah yang menjadikan Moxy Putrajaya sebagai destinasi popular untuk staycation, percutian hujung minggu dan pelancong yang mencari pengalaman hospitaliti luar biasa.

Terletak tinggi di atas Putrajaya, Moxy Bar menawarkan pemandangan kota yang indah, sentuhan tempatan yang ceria dan semangat sosial yang bertenaga, menjadikannya lokasi popular untuk bersantai di waktu senja dan berbual mesra selepas penat bekerja.

Satu destinasi, Pelbagai Kemungkinan

Secara keseluruhannya, Le Méridien Putrajaya, Palm Garden Hotel Putrajaya dan Moxy Putrajaya memperlihatkan kepelbagaian cara untuk menikmati Putrajaya sebagai destinasi pelancongan yang lebih dinamik.

Daripada penginapan berteraskan penerokaan dan pengalaman sosial yang bertenaga, kepada percutian berinspirasikan warisan, sajian istimewa, keraian serta acara perniagaan, setiap hotel menawarkan pengalaman tersendiri yang memenuhi cita rasa pelbagai pengunjung.

Di Le Méridien Putrajaya, pengalaman tersebut diperkaya melalui tawaran ikonik seperti Au Soleil by Le Méridien, Seafood & Carvery Buffet yang popular, serta pakej penginapan yang didatangkan dengan pengalaman sarapan pagi, menjemput para tetamu untuk menikmati keindahan hidup mengikut rentak sendiri.

Sempena ulang tahun hotel yang ke-10 tahun ini, serta kembalinya koleksi Kuih Bulan Festival Pertengahan Musim Luruh yang amat dinanti-nantikan, para pengunjung dijemput untuk tidak melepaskan peluang menerokai sisi berbeza Putrajaya.

Daripada pengalaman kulinari bermusim dan sambutan perayaan hinggalah kepada majlis perkahwinan, acara perniagaan dan aktiviti sempena ulang tahun yang bakal menjelang, pasti ada sesuatu yang baharu untuk diterokai di Le Méridien Putrajaya.

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai pengalaman, acara dan tawaran terbaharu, sila layari https://www.marriott.com/en-us/hotels/kuldm-le-meridien-putrajaya/overview/ atau ikuti Le Méridien Putrajaya di Facebook dan Instagram.