Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bukan Setakat Boleh Pinjam Buku, Benda 'Special' Ini Pun Ada Dalam Perpustakaan Di Malaysia

Perpustakaan Di Malaysia

Bukan Setakat Boleh Pinjam Buku, Benda 'Special' Ini Pun Ada Dalam Perpustakaan Di Malaysia

Perpustakaan sudah sinonim dengan pelbagai jenis buku, amalan membaca dan suasana yang senyap serta sunyi sepi. Selain tempat untuk menumpukan perhatian pada bahan bacaan, perpustakaan juga merupakan platform atau medan untuk mendapatkan bahan bacaan menerusi perkhidmatan pinjaman buku kepada pengguna.

Pun begitu, fungsi perpustakaan semakin hari semakin berkembang, dan kini gudang ilmu itu bukanlah sekadar tempat untuk pinjam atau pulangkan buku semata-mata. Selain bahan bacaan, sebenarnya perpustakaan juga ada kemudahan sewaan fasiliti dan penganjuran pelbagai aktiviti menarik serta bermanfaat kepada orang ramai.

Bukan Buku Je Boleh Dipinjam Di Perpustakaan Di Malaysia

Mungkin sesetengah orang berfikir, perpustakaan hanya sekadar tempat meminjam buku, namun tidak ramai yang sedar akan servis dan fasiliti serta kemudahan lain yang boleh dinikmati bagi setiap pengunjung. Antaranya di Perpustakaan Negara Malaysia, terdapat peluang untuk orang ramai bagi menyewa auditorium, bilik serbaguna, pawagam mini teater dan pelbagai lagi kemudahan lain. Tidak lain tidak bukan, inisiatif ini sebenarnya untuk menggalakkan budaya membaca dan merancakkan lagi penganjuran aktiviti serta program berkaitan seperti bahasa, sastera dan budaya.

Perpustakaan Pun Banyak Aktiviti Menarik & Bermanfaat

Selain pinjaman buku, perpustakaan turut menganjurkan pelbagai program dan aktiviti berkaitan ilmu, penulisan, pembacaan dan budaya. Contoh yang paling dapat adalah Perpustakaan Negara Malaysia turut menganjurkan program sempena Karnival Citra Penulis 2026.

Terdapat pelbagai acara dan aktiviti yang disediakan untuk menanti kunjungan orang ramai. Antaranya adalah Pesta Buku bersama 24 penerbit, yang menawarkan promosi dan diskaun menarik menanti anda. Selain itu, bagi yang ingin menimba ilmu dalam bidang penulisan kreatif, karnival ini juga menganjurkan Bengkel Penulisan Kreatif serta Diskusi Penulis & Sesi Tandatangan Bersama Penulis.

Selain itu, Karnival Citra Penulis 2026 juga membawakan tayangan drama adaptasi “Dari Pena ke Layar”. Tayangan ini akan berlangsung selama 3 hari karnival bermula dari 10:00 pagi sehingga 5:00 petang. Bagi yang berminat, boleh terus ke Pawagam Mini, Aras 4, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia.

Tak lengkap satu-satu karnival jika tiada jualan makanan. Oleh itu, Karnival Citra Penulis 2026 pun menganjurkan Bazar Selera 30 gerai jualan & Jualan RAHMAH. Pelbagai jenis makanan dan minuman tersedia menanti pengunjung tiba.

Antara lain yang memeriahkan karnival ini adalah program Eksplorasi Digital bersama Prof. Datuk Chef Fazley Yaakob: “Dari Buku ke Dapur”. Bukan itu sahaja, kaunter derma darah juga dibuka pada 8 & 9 Oktober 2026 di Bilik PUSPANITA, Aras 1, Anjung Bestari PNM.

Pelbagai aktiviti dan program telah disediakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, menanti anda semua hadir ke karnival ini bagi memeriahkan lagi suasana.

Perpustakaan memang sinonim dengan bahan bacaan, tetapi perpustakaan juga boleh membawa pengunjung untuk mendapatkan lebih pendedahan menerusi penganjuran program. Perkara ini kerana kemeriahan penganjuran program sangat jauh bezannya dengan sangkaan orang yang di perpustakaan hanya perlu duduk senyap dan baca buku.

Bagi yang berkelapangan, boleh ajak ahli keluarga, rakan-rakan serta jiran ke karnival ini bagi merancakkan lagi amalan berkunjung ke gudang ilmu itu. Bagi yang ingin mendapatkan lebih maklumat tentang Perpustakaan Negara Malaysia atau pun Karnival Citra Penulis 2026, anda boleh melayari pautan INI.

Intipati
  • Perpustakaan kini menyediakan kemudahan sewaan fasiliti selain perkhidmatan pinjaman dan pemulangan buku.
  • Perpustakaan Negara Malaysia menawarkan auditorium, bilik serbaguna, pawagam mini dan kemudahan lain.
  • Karnival Citra Penulis 2026 akan menampilkan pesta buku, bengkel, tayangan, bazar dan derma darah.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan