Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bukan Trend Semata, Ini Nilai Sebenar Di Sebalik Koleksi Vintaj Yang Terhimpun Di Tempat Ini
Bila bercakap tentang barangan kemas, mungkin ada yang terfikir dengan koleksi-koleksi lama yang jelas menampakkan kelainan berbanding sekarang. Jika dipandang, pasti akan tertambat hati, seolah-olah ada sesuatu yang menarik perhatian kita.
Namun, tahu tak walaupun koleksi-koleksi ini telahpun lama usianya, tapi keistimewaan yang ada pada setiap barang kemas vintaj seperti itu masih mendapat sambutan sehingga kini.
Contohnya dapat dilihat menerusi sambutan orang ramai di lubuk barangan vintaj terkenal di Malaysia iaitu Chantique Jewellery.
Chantique Jewellery merupakan sebuah kedai yang menghimpunkan pelbagai koleksi barangan kemas vintaj, moden, klasik dan preloved, masing-masing mempunyai keunikan tersendiri.
Di tengah kebangkitan minat terhadap barang kemas vintaj, Chantique Jewellery tampil sebagai destinasi istimewa yang menghimpunkan rekaan klasik Melayu serta inspirasi antarabangsa seperti Art Deco yang dipilih dengan penuh ketelitian dan bukan dihasilkan secara massa.
Setiap koleksi membawa naratif tersendiri yang mencerminkan penghargaan mendalam terhadap seni pertukangan halus dan nilai sejarah yang berakar kuat.

Lebih daripada sekadar sebuah butik, Chantique Jewellery berperanan sebagai kurator warisan yang mempertemukan generasi moden dengan barang kemas sarat makna, sejarah dan keindahan yang kekal relevan serta bernilai merentas zaman.
Bagi mereka yang mencari lebih daripada sekadar perhiasan, Chantique Jewellery menawarkan pengalaman menemui barang kemas sebagai warisan, sesuatu yang boleh dipakai hari ini dan diwariskan esok.
Inilah yang menjadikan Chantique Jewellery bukan sekadar butik tetapi destinasi barang kemas vintaj pilihan tahun 2026.
Jika dilihat koleksi yang ada di Chantique Jewellery, jelas juga kelihatan barangan kemas dahulu lebih unik sehinggakan orang lama susah nak lepaskan. Perkara itulah yang membawa kepada persoalan adakah barangan kemas dahulu lebih bernilai berbanding sekarang.
Kalau nak tahu, sebenarnya ada banyak keistimewaan di sebalik setiap barang kemas yang dimiliki oleh orang lama, terutamanya nenek moyang kita.
Nilai Sentimental Lebih Tinggi
Barang kemas lama bukan sekadar perhiasan, sebaliknya menyimpan kenangan, nilai emosi dan sejarah peribadi yang tidak ternilai.
Daripada cincin pertunangan hingga rantai pusaka serta gelang hadiah perkahwinan, setiap satu melambangkan hubungan dan perjalanan hidup sebab itu sukar untuk dilepaskan.

Kualiti dan Ketahanan Material
Emas dan perak dahulu dihasilkan dengan teknik artisan serta ketulenan tinggi, menjadikan barang kemas lama lebih tahan, sukar rosak dan kekal indah walaupun berpuluh tahun.
Selain itu, ukiran tangan dan patina semula jadi pula memberi keunikan tersendiri pada setiap item.
Barang kemas Art Deco

Barang kemas Art Deco lahir daripada sebuah era peralihan ketika seni budaya dan kemodenan saling bertemu lalu membentuk identiti yang tersendiri.
Setiap rekaannya menampilkan garis yang tegas susunan yang teratur serta simetri yang memukau mencerminkan ketertiban keyakinan dan cita rasa tinggi masyarakat pada zamannya.
Ia bukan sekadar perhiasan sebaliknya simbol status dan kehalusan estetika yang abadi.

Antara rekaan yang paling menyerlah ialah cincin Art Deco bertatahkan blue sapphire yang dihasilkan dengan ketelitian tinggi oleh tukang emas berpengalaman.
Susunan batu yang seimbang dipadukan dengan perincian halus di sekelilingnya memperlihatkan seni pertukangan yang menuntut kesabaran dan ketepatan nilai yang semakin jarang ditemui dalam dunia moden hari ini.
Rekaan Art Deco ini bukan sekadar indah dipandang malah sarat dengan cerita dan makna yang merentasi masa.
Ia dihargai bukan hanya kerana keanggunannya tetapi kerana warisan seni yang terkandung di dalamnya menjadikannya sebahagian daripada destinasi barang kemas vintaj 2026 tempat di mana sejarah dan keindahan terus hidup dan diraikan.
Barang kemas Melayu klasik

Barang kemas Melayu bukan sekadar perhiasan. Ia adalah lambang martabat adat dan sejarah yang diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya.
Setiap rekaan sarat dengan makna, daripada motif flora yang melambangkan kelembutan budi dan kesantunan jiwa hingga susunan emas yang menzahirkan kedudukan serta peranan pemakainya dalam masyarakat.

Antara yang paling signifikan ialah gelang papan, aksesori ikonik dalam busana tradisional Melayu.
Pada masa lalu, gelang papan bukan sekadar hiasan pergelangan tangan. Semakin lebar paparnya, semakin tinggi darjat dan status si pemakai.
Ia menjadi simbol kekayaan, penghormatan serta kehalusan seni pertukangan emas Melayu, dan lazim dipakai dalam istiadat perkahwinan serta majlis kebesaran.
Hari ini, rekaan klasik ini bukan sekadar tinggalan sejarah. Gelang papan kembali dihargai sebagai barang kemas vintaj bernilai tinggi yang menghubungkan generasi moden dengan keindahan warisan Melayu yang autentik, penuh makna dan kekal relevan merentasi masa.

Jelas terbukti, barang kemas lama mempunyai nilai dan kelasnya tersendiri, dan agak rugi kalau ‘keistimewaan’ ini terhapus dek ditelan zaman.
Disebabkan itulah munculnya Chantique Jewellery, yang berperanan sebagai penjaga warisan ini.
Trend semasa menyaksikan semakin ramai golongan muda menghargai dan menggayakan barang kemas lama dalam penampilan harian.
Dengan sentuhan moden, perhiasan warisan ini diberi nafas baharu tanpa menghilangkan nilai asalnya. Ia bukan sahaja menonjolkan keunikan gaya, malah menjadi cara untuk menghormati sejarah keluarga dan mengenang jasa generasi terdahulu.
Bagi yang mahu mengunjungi Chantique Jewellery untuk melihat sendiri setiap koleksi yang ada, korang boleh terus ke Bangsar Village II dan juga Ampang Point.
Nak lagi senang, anda boleh dapatkan navigasi ke dua-dua cawangan Chantique Jewellery melalui pautan seperti di bawah:-
Chantique Jewellery Ampang:
https://share.google/Pzz7kzLLJOvXWj6Os
03-4253 2282
Chantique Jewellery Bangsar:
https://share.google/LKOTSgP1f5cHtEMKZ
03-2201 9833
Untuk dapatkan lebih maklumat lanjut tentang Chantique Jewellery, boleh layari https://www.chantiquejewellery.com/