Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bunuh Gelandangan, Dua Lelaki Berdepan Hukuman Mati

MELAKA, 1 April – Dua lelaki hari ini dihadapkan ke Mahkamah majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang gelandangan bulan lepas.

Dua orang tertuduh masing-masing berusia 20 tahun, didakwa secara bersama membunuh Mohd Eddie Hafiez Yusof, 42, di hadapan kedai di Jalan Persisiran Bungai Raya dalam daerah Melaka Tengah di sini, antara 1 pagi hingga 3.45 pagi 15 Mac lepas.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun yang sama, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri, manakala tertuduh masing-masing diwakili peguam Andrew Lourdes dan Amritpal Singh.

Mahkamah menetapkan 26 April depan bagi sebutan semula kes dan serahan bedah siasat mangsa.

— BERNAMA