Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Canggih Betul..." Lelaki Korea Kagum Dengan Kemudahan TBS, Anggap Pengalaman Ini Luar Biasa

Kemudahan TBS
Kredit: Tiktok @jdworld_gb

Bagi sesetengah orang, pengalaman menaiki bas mungkin sekadar perjalanan dari satu destinasi ke destinasi yang lain.

Namun, kemudahan yang disediakan di sesebuah terminal turut memainkan peranan penting dalam memastikan perjalanan penumpang berjalan dengan lancar dan selesa.

Lebih-lebih lagi apabila terminal dilengkapi pelbagai kemudahan moden seperti mesin tiket, sistem imbasan kod bar dan ruang menunggu yang selesa, urusan penumpang pastinya menjadi lebih mudah tanpa perlu melalui proses yang rumit.

Kagum lihat kemudahan TBS

Situasi itu turut menarik perhatian seorang lelaki dari Korea Selatan yang kelihatan kagum ketika berkunjung ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), khususnya selepas melihat sendiri kemudahan serta pengalaman yang ditawarkan kepada para penumpang.

Menerusi perkongsiannya di Tiktok @jdworld_gb, dia kelihatan kagum dengan keadaan TBS yang bersih, selesa serta dilengkapi pelbagai kemudahan moden untuk memudahkan urusan penumpang.

Kredit: Tiktok @jdworld_gb

Antara perkara yang menarik perhatiannya ialah jumlah mesin tiket yang banyak, selain sistem kemasukan menggunakan imbasan kod bar.

Tak perlu beratur panjang, terus scan barcode

Menurutnya, pengalaman membeli tiket bas menggunakan aplikasi RedBus ternyata lebih mudah daripada yang disangkakan.

Selepas membuat pembelian, dia menerima pas masuk dalam bentuk kod bar yang boleh terus diimbas ketika memasuki kawasan menunggu.

Kredit: Tiktok @jdworld_gb
Kredit: Tiktok @jdworld_gb

Malah, terdapat juga mesin yang disediakan berhampiran pintu masuk ke gate, sekali gus membuatkan dia semakin kagum dengan kemudahan yang ditawarkan TBS.

Keadaan terminal yang bersih dan mempunyai banyak gate juga membuatkan perjalanan menjadi lebih selesa kerana penumpang tidak perlu bersesak atau menunggu terlalu lama untuk mendapatkan perkhidmatan yang diperlukan.

Kagum dengan layanan terhadap penumpang

Bukan sekadar kemudahan fizikal, dia turut memuji cara pihak TBS menguruskan penumpang.

Menurutnya, petugas akan memanggil penumpang satu demi satu ketika tiba masa untuk menaiki bas.

Situasi tersebut menunjukkan bahawa pengurusan TBS benar-benar mengambil berat tentang keselesaan dan keperluan penumpang.

Sebelum meneruskan perjalanan, lelaki berkenaan turut sempat menikmati sarapan berupa minuman susu dan roti berinti matcha.

Naik bas KKKL, terus kagum dengan keselesaan

Selepas selesai urusan di terminal, lelaki Korea itu kemudian menaiki bas KKKL untuk meneruskan perjalanan.

Dia turut menunjukkan keadaan dalam bas yang disifatkan sebagai selesa dan baik.

Menurutnya, ruang tempat duduk agak luas dengan kerusi yang lembut, selain keadaan bas yang bersih dan dilengkapi penghawa dingin yang sejuk.

Kredit: Tiktok @jdworld_gb

Malah, terdapat juga kemudahan untuk mengecas telefon bimbit, menjadikan perjalanan lebih mudah terutama bagi penumpang yang perlu menggunakan telefon sepanjang perjalanan.

Kredit: Tiktok @jdworld_gb

Melihat keterujaannya, jelas pengalaman menggunakan pengangkutan awam di Malaysia memberikan satu pengalaman yang menarik buat lelaki berkenaan, khususnya ketika pertama kali melihat sendiri kemudahan yang disediakan di TBS.

Intipati
  • Lelaki Korea Selatan kagum melihat TBS bersih, selesa dan dilengkapi kemudahan moden.
  • Beliau membeli tiket melalui RedBus dan menggunakan kod bar untuk memasuki ruang menunggu.
  • Bas KKKL yang dinaikinya disifatkan selesa, bersih, berhawa dingin dan mempunyai pengecas telefon.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan