Terkini

Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
Selera
Menu Bujang, Ini Resipi Spaghetti Goreng Mudah & Ringkas
Tiada Kategori

Cara Baharu Menyokong Keluarga Dan Remaja Di YouTube

Syamimi

Cara Baharu Menyokong Keluarga Dan Remaja Di YouTube

YouTube merupakan platform di mana golongan remaja hadir untuk menerokai minat mereka dari mengulang kaji pelajaran, menonton pencipta kandungan kegemaran mereka, mendengar podkas yang sedang hangat, hinggalah kepada sorotan sukan yang epik.

Di YouTube, kami percaya kepada perlindungan kanak-kanak di dalam dunia digital, dan bukannya daripada dunia digital. Itulah sebabnya kami telah menghabiskan lebih sedekad membina produk khusus dan perlindungan terbina dalam untuk penonton termuda kami.

Apabila ibu bapa dan pakar memberitahu kami apa yang mereka mahukan daripada akaun kanak-kanak dan remaja, mereka memberi tumpuan kepada tiga bidang utama:

  • Kawalan yang membantu mengajar anak-anak cara menggunakan kandungan secara bertanggungjawab, serta pilihan untuk ibu bapa membuat keputusan yang tepat bagi keluarga mereka.

  • Kandungan yang bersesuaian dengan umur serta dasar dan langkah keselamatan yang lebih ketat untuk penonton yang lebih muda.

  • Pengalaman yang sesuai untuk setiap peringkat umur dengan tetapan akaun yang lebih ringkas, termasuk perlindungan terbina dalam bagi memudahkan ibu bapa memastikan anak mereka mendapat pengalaman YouTube yang betul.

Hari ini, kami berkongsi beberapa kemas kini yang akan membantu ibu bapa menyesuaikan pengalaman YouTube keluarga mereka, terutamanya bagi penonton remaja:

Kawalan Tambahan untuk Tontonan yang Peka

Ibu bapa kini boleh membantu remaja menjadi lebih peka tentang cara mereka menonton, dengan kawalan untuk menetapkan jumlah masa yang dihabiskan menatal (scrolling) Shorts.

Tidak lama lagi, ibu bapa akan melihat pilihan untuk menetapkan pemasa kepada sifar. Ini adalah ciri pertama dalam industri yang meletakkan ibu bapa sebagai pemegang kawalan penuh terhadap jumlah kandungan format pendek yang ditonton oleh anak-anak mereka. Ini juga memberikan fleksibiliti kepada ibu bapa.

Sebagai contoh, mereka boleh menetapkan had suapan Shorts kepada sifar apabila mereka mahu remaja mereka menggunakan YouTube untuk fokus pada kerja rumah, dan mengubahnya kepada 60 minit semasa perjalanan kereta yang jauh sebagai hiburan.

Selain itu, ibu bapa kepada akaun yang diselia (supervised accounts) akan dapat menetapkan peringatan Bedtime dan Take a Break secara tersuai, sebagai tambahan kepada perlindungan kesejahteraan sedia ada yang diaktifkan secara automatik untuk remaja.

Rangka Tindakan untuk Kandungan Remaja Berkualiti Tinggi

Kami memperkenalkan prinsip baharu dan panduan pencipta untuk membimbing remaja ke arah kandungan yang menyeronokkan, sesuai dengan umur, berkualiti tinggi dan lebih memperkayakan.

Dibangunkan dengan kerjasama Jawatankuasa Penasihat Belia dan Keluarga kami (Youth Advisory Committee) dan Center for Scholars & Storytellers di UCLA, serta disokong oleh pakar global daripada Persatuan Psikologi Amerika, Digital Wellness Lab di Hospital Kanak-kanak Boston, dan organisasi global lain, prinsip-prinsip ini menggariskan jenis kandungan yang dianggap berkualiti rendah dan berkualiti tinggi untuk penonton remaja.

Kami akan menggunakan prinsip dan panduan ini untuk mendidik komuniti pencipta global kami tentang peranan mereka dalam menyokong remaja di YouTube.

Prinsip-prinsip ini juga akan diguna pakai dalam sistem cadangan kami, membolehkan kami mengetengahkan video berkualiti tinggi seperti daripada Khan Academy, CrashCourse, dan TED-Ed serta meningkatkan kekerapan video tersebut dipaparkan kepada remaja.

Usaha ini adalah kesinambungan daripada prinsip kualiti kandungan kanak-kanak sedia ada kami untuk penonton di bawah 13 tahun dan langkah keselamatan untuk cadangan video remaja.

Memudahkan lagi pengalaman yang betul untuk umur yang betul

Keluarga sedia maklum bahawa YouTube akan menempatkan remaja ke dalam akaun terlindung (bawah 18 tahun).

Dalam beberapa minggu akan datang, kami akan memperkenalkan pengalaman pendaftaran yang dikemas kini. Ini membolehkan ibu bapa membuat akaun kanak-kanak baharu dan beralih antara akaun dengan mudah dalam aplikasi mudah alih bergantung pada siapa yang sedang menonton, hanya dengan beberapa ketikan.

Ini memudahkan usaha memastikan setiap ahli keluarga mendapat pengalaman tontonan yang betul dengan tetapan kandungan dan cadangan kandungan bersesuaian umur yang sebenarnya ingin mereka tonton.

Kami komited untuk berkembang bersama keluarga yang memilih untuk menonton YouTube, memastikan YouTube kekal sebagai ruang yang selamat dan memberi inspirasi untuk diterokai oleh generasi akan datang.