Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Cara Betul Simpan Aiskrim Malaysia Dalam Kotak Agar Tak Cair

Sofea
Cara Simpan Aiskrim Malaysia
Kredit: ImageFX
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Cara Betul Simpan Aiskrim Malaysia Dalam Kotak Agar Tak Cair

Bila sebut pasal aiskrim, pasti kita akan membayangkan kesejukan dan kesegaran pelbagai jenis perisa terutama ketika ia dinikmati pada musim panas.

Ia merupakan salah satu pencuci mulut yang digemari oleh semua lapisan umur, dari kanak-kanak hingga ke dewasa.

Di Malaysia, kita juga mempunyai versi aiskrim yang tersendiri dan telah menjadi resipi turun-temurun sejak sekian lama.

Selain boleh dibeli di kedai, aiskrim di dalam plastik panjang itu juga kebiasaannya boleh dibuat sendiri di rumah.

Tentunya, kita boleh 'bereksperimen' dengan pelbagai jenis perisa, mengikut kemahuan anak-anak serta keluarga. Lebih menarik, aiskrim Malaysia ini juga akan melengkapkan hidangan ketika berkelah atau majlis makan-makan.

Namun, pasti ramai yang menghadapi masalah aiskrim yang mudah cair walaupun telah diletakkan di dalam kotak gabus.

Sebenarnya, letakkan aiskrim di dalam kotak itu tidak salah, tetapi caranya mungkin tersilap.

Kredit: ImageFX

Seorang pengguna Threads dan juga peniaga aiskrim Malaysia, @azreenshaeira, berkongsi cara yang betul untuk menyimpan aiskrim itu agar ia tidak mudah cair.

Menurutnya, ais tidak boleh diletakkan bersama aiskrim di dalam kotak tersebut kerana ia lebih cepat cair.

"Sebagai peniaga aiskrim Malaysia, saya cuma nak beritahu. Jangan letak ais dalam kotak aiskrim Malaysia. Aiskrim akan lebih cepat cair," katanya.

Cara betul simpan aiskrim dalam kotak gabus

Dia selepas itu berkongsi cara yang betul untuk meletakkan aiskrim di dalam kotak itu.

"Kalau nak lebih tahan lama, balut dalam kotak gabus tu dengan aluminium insulated foil, susun aiskrim rapat-rapat, tutup atas askrim dengan tuala tebal (atas pilihan anda).

"Letak ais kering dan tutup kotak kemas-kemas. InshaAllah tahan daripada pagi sampai petang.

"Pengalaman saya bawa aiskrim Malaysia pergi acara, daripada 7 pagi masuk kotak, pukul 5 petang baru ada aiskrim yang cair.

"Tu pun bahagian atas je yang mula cair," kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berterima kasih kepada wanita itu kerana aiskrim yang dibuat mereka juga mudah cari.

"Sebabkan awak kongsi tips ni, saya doakan awak murah rezeki sihat selalu. Jualan aiskrim laku, walaupun saya bukan peniaga," kata seorang netizen.

"Terima kasih sis atas ilmu, baru nak mula cari duit tepi, semoga sis dimurahkan rezeki selalu," kata seorang lagi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.