Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Dunia digital pada hari ini menyaksikan kebangkitan inovasi yang tidak pernah kita jangka sebelum ini.
Mana tidaknya, boleh dikatakan bahawa kebanyakan urusan dapat dilakukan di hujung jari.
Pendekatan digital ini juga turut digunakan oleh jabatan kerajaan bagi memudahkan perkhidmatan kepada orang ramai.
Bagi yang belum tahu, Parlimen Malaysia telah mencipta satu laman baharu yang memudahkan orang ramai untuk mengakses rekod rasmi perbahasan Parlimen.
Portal Hansard Digital itu lebih mesra pengguna dan membolehkan kita mencari, membaca dan terokai ucapan serta perbincangan di Parlimen dengan lebih terperinci mudah dan pantas.
Dengan hanya satu carian, anda boleh mengakses rekod Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Kamar Khas.
Malah, rakyat juga dapat mengikuti perkembangan negara, memahami isu-isu yang dibincangkan serta mengenali peranan dan pandangan wakit rakyat dengan lebih jelas.
Salah satu fungsi yang menarik perhatian dan kini tular di media sosial adalah mengenai perkataan terbanyak yang disebut oleh Ahli Parlimen semasa berbahas.
Ekoran itu, artikel kali ini akan berkongsi cara untuk mencari fungsi tersebut di portal baharu itu.
Langkah pertama, anda perlu melayari laman Hansard Digital di https://hansard.parlimen.gov.my/cari-mp.
Seterusnya boleh pilih siri masa ucapan Ahli Parlimen

Selepas itu taip mana-mana nama Ahli Parlimen

Kemudian scroll ke bahagian paling bawah

Seperti yang telah dinyatakan, anda juga boleh mencari pelbagai isu dalam perbahasan dan membaca dengan lebih mendalam apa yang telah dibincangkan.

Ia selari dengan kenyataan Menteri Digital Gobind Singh Deo yang berkata strategik menerusi GovTech Malaysia itu direka bentuk bagi membolehkan akses kepada dokumen penting Parlimen menjadi lebih pantas dan sistematik sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada naskhah fizikal.
“Sudah tiba masanya kita menyediakan platform digital yang membolehkan semua pihak berurusan secara lancar dengan matlamat utama kita ialah memastikan tiada siapa pun yang tercicir di dalam sebuah persekitaran digital yang boleh dipercayai,” katanya.