Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Bagi anda yang tinggal di bandar, pasti ada kalanya mengimpikan sedikit ruang untuk bercucuk tanam tumbuhan yang sering digunakan dalam masakan. Jadi kali ini, kami ingin kongsikan cara mudah untuk menanam pokok kesum tanpa menggunakan tanah, hanya menggunakan raga dan besen di rumah anda.
Pokok kesum merupakan antara tumbuhan yang sering digunakan dalam masakan serta boleh ditanam di halaman rumah sahaja. Dengan menggunakan teknik keratan batang, tumbuhan ini mudah ditanam dengan bekalan air yang cukup.
Antara tumbuhan lain yang sering ditanam di halaman rumah ialah daun pandan, serai, daun kari, daun sup dan daun bawang.
Tanpa membuang masa, jom baca tips dan cara mudah tanam pokok kesum yang telah dikongsikan Mikka Medina di laman Facebook miliknya.
Anda boleh menggunakan daun kesum yang dibeli di pasar.




Selepas kira-kira dua minggu, pokok kesum anda akan menjadi rimbun dan subur.

Dengan cara mudah tanam pokok kesum ini, bolehlah anda masak asam pedas dan laksa yang sedap, lengkap dengan daun kesum. Selamat mencuba!
Sumber: Mikka Medinna