Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Cara Mudah Ukur Saiz Seluar, "Confirm" Tak Salah Pilih

Cara Mudah Ukur Saiz Seluar
Kredit: @farhanbashel via TikTok

Cara Mudah Ukur Saiz Seluar, "Confirm" Tak Salah Pilih

Setiap kali kita membeli pakaian baharu, banyak benda utama yang perlu dititikberatkan sebelum memilih pakaian tersebut.

Mulai dari jenis kain, corak, warna hingga saiz semuanya perlu dinilai dengan berhemah bagi memastikan si pemakai berasa puas hati dengan hasil belian mereka.

Umum mengetahui, saiz pakaian adalah salah satu perkara yang paling penting, tidak kira baju mahupun seluar, semuanya perlu tepat dengan saiz badan si pemakai.

Jika terlalu besar, mungkin ia akan membuatkan tampak tidak kemas dan tidak terletak elok bila dipakai. Selain itu, kaki seluar juga mungkin akan lebih panjang dari yang sepatutnya.

Kalau terlalu kecil pula, mungkin ia akan menyukarkan pergerakan si pemakai terutamanya untuk berjalan atau membuat rutin harian.

Biasanya, setiap pakaian yang dipilih pasti akan dicuba dan diukur dahulu untuk memastikan saiznya betul, selesa bila dipakai, terletak elok di badan dan kemas bila dipakai.

Jadi kali ini, SK akan kongsikan tip mengukur seluar tanpa anda perlu beratur untuk mencubanya di bilik persalinan.

Oleh itu, jom ikuti perkongsian dari @farhanbashel di laman TikTok miliknya.

Tip ukur seluar dengan mudah

Pertama, @farhanbasheladan berkongsi cara untuk mengukur kepanjangan kaki seluar.

Menurutnya, sekiranya anda buka kedua-dua belah kaki seluar dan kepanjangannya 'ngam' dengan tangan anda, bermaksud kepanjangannya itu tepat.

Kredit: @farhanbashel

"Kalau panjang kaki seluar melebihi tangan, maksudnya kaki seluar tu lebih panjang," kongsinya lagi.

Seterusnya, bila anda ukur kaki seluar tersebut dan ia mungkin lebih pendek dari tangan anda, bermaksud seluar tersebut lebih pendek dan singkat.

Kredit: @farhanbashel

Kedua, tip untuk tentukan saiz pinggang seluar tersebut. Kongsinya, anda boleh cuba letakkan bahagian pinggang seluar tersebut di bahagian leher.

Kredit: @farhanbashel

"Kalau kiri dan kanan bertemu, maksudnya saiz seluar tersebut sesuai dengan pinggang anda," tambahnya lagi.

Sebaliknya, sekiranya ia terlebih, bermakna saiz seluar anda mungkin sedikit besar.

"Kalau tak bertemu kiri dan kanan, maksudnya seluar tu lebih kecil untuk pinggang anda," tambahnya.

Jadi, lepas ni, tiada lagi alasan seluar yang dipakai tak kena dengan saiz badan anda dan menyebabkan anda perlu mengubah suai semula pakaian tersebut.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk semua!