Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Cara Tukar, Kemaskini Alamat Mengundi & Dokumen Diperlukan – SPR

Muhammad Farhan
cara tukar alamat mengundi SPR
Gambar: Bernama

Cara Tukar, Kemaskini Alamat Mengundi & Dokumen Diperlukan – SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dalam satu kenyataan hari ini telah menetapkan tarikh 29 November sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Sementara itu, 15 November sebagai tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian awal pada 25 November.

Oleh itu, sudah menjadi lumrah untuk mereka (rakyat Sabah) pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi.

Bagi mereka yang sudah tinggal dan bekerja di bandar. Mereka sudah tentu perlu merancang perjalanan dengan bijak untuk pulang ke kampung.

Bagaimanapun, kesesakan lalu lintas dan tempoh perjalanan yang panjang sememangnya memenatkan.

Disebabkan itu, jika anda sudah lama menetap di bandar, anda boleh menukar alamat tempat mengundi agar urusan mengundi lebih mudah.

Mungkin masih ramai yang belum tahu, tempat mengundi boleh ditukar dengan mudah menerusi beberapa cara.

Sehubungan itu, SK hari ini akan kongsikan tiga langkah mudah untuk membuat pertukaran alamat menerusi perkongsian SPR di bawah.

3 Langkah Mudah Tukar Alamat Mengundi

1. Kemas kini alamat mastautin pada MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

2. Bawa MyKad ke SPR, pejabat pos atau melalui laman web https://myspr.spr.gov.my/

3. Mohon Pertukaran Bahagian Pilihan Raya SPR. Anda perlu mengisi Borang A (pendaftaran pemilik) SPR.

Bagi pendaftaran di atas talian pula, anda boleh layari https://myspr.spr.gov.my/. Langkah-langkah memohon di atas talian:

1. Mohon akaun pengguna.

2. Aktifkan akaun pengguna.

3. Isi Borang A (pertukaran bahagian pilihan raya).

Dokumen & alatan yang anda perlu sediakan adalah seperti berikut:

1. Alamat emel.

2. Gambar depan kad pengenalan.

3. Gambar swafoto bersama kad pengenalan.

4. No Telefon Bimbit

5. Komputer/ Telefon mudah alih

6. Capaian internet

Bagi sebarang pertanyaan anda boleh lakukan menerusi panggilan telefon melalui Hotline SPR 03-8892 7218 atau melalui https://www.spr.gov.my/aduan-pertanyaan/

Gambar: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia – SPR

Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia – SPR

BACA: KPM Perkenal Mata Pelajaran Baharu Pendidikan Karakter Bermula Tahun Depan

BACA: Konsert Kerohanian Inteam Nur Kasih Diraikan Pada 1 Feb 2026 Sempena 25 Tahun

BACA: Puting Beliung: Jenis, Tahap Ciri Dan Cara Menghadapinya