Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Castrol Lancar Power1 Ultimate Superbike 10W-50, Minyak Enjin Berprestasi Tinggi Untuk Peminat Motorsikal
Tiada Kategori

Castrol Lancar Power1 Ultimate Superbike 10W-50, Minyak Enjin Berprestasi Tinggi Untuk Peminat Motorsikal

Siti Sakinah

Castrol Lancar Power1 Ultimate Superbike 10W-50, Minyak Enjin Berprestasi Tinggi Untuk Peminat Motorsikal

KUALA LUMPUR, 11 JULAI 2025 – Castrol, peneraju global dalam bidang pelinciran dan inovasi, hari ini mengumumkan pelancaran Castrol POWER1 ULTIMATE SUPERBIKE 10W-50, minyak enjin motosikal sintetik penuh yang canggih dan direka khas untuk penunggang yang mahukan prestasi terbaik daripada jentera mereka.

Diformulasi berdasarkan pengalaman di litar perlumbaan dan direka untuk kegunaan harian, penambahan terbaru dalam rangkaian Castrol POWER1 ULTIMATE ini menawarkan kuasa pecutan yang mengagumkan, perlindungan enjin yang tahan lama, serta tunggangan yang lebih lancar, walaupun dalam keadaan paling mencabar. Keistimewaannya terletak pada formula unik ester perlumbaan 5-dalam-1 Castrol yang direka khusus untuk memberikan:

  • Pecutan terunggul – Ester mengurangkan geseran antara permukaan logam, membolehkan penghantaran kuasa yang lebih pantas dan membantu penunggang mendahului sehingga 8 meter berbanding jentera yang menggunakan minyak pelincir jenama lain*.

  • Perlindungan dipertingkatkan – Memberikan perlindungan daripada geseran lebih 50% lebih baik** berbanding had minimum yang ditetapkan oleh standard API SN, sekali gus memanjangkan jangka hayat enjin walaupun di bawah tekanan tinggi.

  • Prestasi yang berkekalan – Mengekalkan prestasi dan kestabilan minyak pelincir di sepanjang jarak perjalanan yang jauh, termasuk tunggangan berterusan sejauh 3,000 km*.

  • Tunggangan yang lancar – Dengan penarafan prestasi klac tertinggi JASO MA2, ia menyokong penukaran gear yang lebih responsif dan mengurangkan gelinciran. • Penyejukan enjin – Memastikan bahagian dalaman enjin sentiasa bersih dan kelikatan minyak pelincir yang konsisten, mengurangkan pembentukan mendapan dan pengumpulan haba yang berbahaya.

*Berdasarkan data yang diperolehi daripada ujian intensif menggunakan enjin Honda CBR300 sepanjang pecutan penuh selama 30 saat. Prestasi sebenar mungkin berbeza bergantung kepada jenis enjin, keadaan, dan faktor luaran lain.

**Berdasarkan ujian geseran standard industri Sequence IVA (ASTM D6891). Prestasi yang boleh dirasai oleh penunggang

Castrol POWER1 ULTIMATE SUPERBIKE 10W-50 diformulasikan khas untuk motosikal berkuasa tinggi, bagi anda menyerlahkan potensi sebenar motosikal anda. Dalam pelbagai ujian yang dijalankan, penunggang merasai pecutan yang lebih pantas, pertukaran klac yang lebih lancar, dan penukaran gear yang lebih senyap. Minyak pelincir ini tetap mempamerkan prestasi tinggi walaupun selepas ribuan kilometer, memberikan keyakinan dan dipercayai oleh penunggang sama ada untuk kegunaan harian atau di litar perlumbaan.

Ujian produk yang melibatkan konvoi sejauh lebih 2,000 km mencatatkan skor kepuasan penunggang yang mengagumkan sehingga 85%, dengan semua peserta bersetuju bahawa mereka akan mengesyorkannya kepada orang lain.

“Saya dapat merasai perbezaannya serta-merta, di mana enjin berbunyi lebih senyap, suhu kekal stabil walaupun menempuh jarak jauh, dan prestasinya kekal lancar tanpa gangguan. Pendikit juga menjadi lebih responsif dan berkuasa, terutamanya semasa menukar gear secara agresif. Ia benar-benar mengagumkan,” kata pelumba veteran Malaysia, Wazi Abdul Hamid, selepas mencuba sendiri produk ini.

“Di Castrol, kami berazam untuk membantu penunggang mengatasi batasan jentera mereka tanpa menjejaskan perlindungan enjin,” kata Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia & Singapura, Joshua Tan. “Dengan Castrol POWER1 ULTIMATE SUPERBIKE 10W-50 baharu ini, kami berbangga kerana dapat memperkenalkan produk yang bukan sahaja berprestasi, tetapi turut memberikan pengalaman yang lebih baik kepada penunggang motosikal.”

Castrol POWER1 ULTIMATE SUPERBIKE 10W-50 boleh didapati di semua bengkel motosikal Castrol yang sah dan di dalam talian melalui platform rasmi Castrol.