Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Cetus Kontroversi Keberadaan ‘Rumah Paku’, Kementerian Wilayah Persekutuan Tampil Mohon Maaf

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai perkongsian yang dibuat oleh Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan yang memaparkan rumah yang enggan dirobohkan pemiliknya di tengah-tengah projek pembangunan.

Menerusi posting berkenaan, rata-rata warganet mendakwa bahawa pihak kementerian tidak profesional di dalam usaha menangani isu pembangunan di Kampung Bharu. Malah, mereka juga menganggap bahawa pihak kementerian tidak perlu menggunakan pendekatan sinis di dalam isu ini.

Terkesan dengan kecaman yang dilontarkan oleh netizen, Kementerian Wilayah Persekutuan bertindak memadam status ‘rumah paku’ tersebut dan telah memuat naik permohonan maaf berkaitan isu berkenaan.

Ekoran permohonan maaf dibuat sendiri oleh pihak kementerian, orang ramai diharapkan tidak lagi membuat spekulasi mengenai posting tersebut.

Sumber: Kementerian Wilayah Persekutuan