Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Cetus Kontroversi Lepas Tonton Siri Messiah, Individu Didakwa Ajak ‘Beri Peluang’ Pada ‘Dajjal’

Penerbitan filem Messiah di saluran digital terkenal global menimbulkan perdebatan antara banyak pihak. Ada yang menganggap ia berbahaya kepada akidah dan tak perlu ditonton, ada pula yang menganggap ia satu peluang untuk mengetahui siapa Messiah dalam agama lain selagi tidak taksub dan mengganggu akidah.

Apapun, seorang penonton didakwa Islam menimbulkan kontroversi apabila meluahkan pendapat bahawa umat Islam perlu memberi peluang kepada dajjal.

Dikenali sebagai susuk yang mengaku tuhan yang muncul dari Khurasan (Iran), ketaatan kepada Dajjal adalah satu kesyirikan yang terbesar, malah merupakan fitnah terbesar sepanjang zaman.

Bahaya fitnah yang dibawanya telah dikhabarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W 1400 tahun yang lalu.

Hal ini dikongsikan oleh laman Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melalui laman Facebook mereka.

Perkongsian ini menimbulkan rasa tidak senang hati dalam kalangan warganet.

Dalam filem, iblis pun boleh jadi ‘baik’ dari Tuhan

Dajjal memang nampak baik dan jahat

Tonton boleh, percaya jangan

Dajjal mengaku nabi sebelum mengaku tuhan

Pentingnya banyak pelajari bab akidah, fiqh dan tasawuf

Baru tengok cerita dah tergoda, belum depan-depan lagi

Benarlah apa yang warganet ingatkan. Dajjal memang nampak baik kerana jika terang-terangan dia jahat, maka sudah pasti gagallah rencananya untuk memperdaya manusia supaya menjadikannya tuhan.

Semoga kita semua dilindungi daripada fitnah dajjal.

Untuk lebih pemahaman mengenai kisah, sifat-sifat sebenar dan persoalan mengenai dajjal, mari kita baca penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan di sini.

Sumber: Persatuan Pengguna Islam Malaysia