Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

China Bertindak Balas Terhadap Korea Selatan, Jepun Atas Sekatan Covid

Nurhanis
visa korea selatan dan jepun
Kredit: AFP

China dilaporkan telah berhenti mengeluarkan visa jangka pendek buat individu dari Korea Selatan dan Jepun, sebagai tindak balas terhadap sekatan Covid yang dikenakan ke atas pengembara mereka, lapor BBC.

Kedutaan Beijing di Seoul mengesahkan perkara itu dan media Jepun turut melaporkan langkah yang serupa juga dilakukan China ke atas negaranya.

Beijing mengatakan ia merupakan satu langkah ‘tit-for-tat’ yang akan kekal sehingga sekatan kemasukan yang di label sebagai ‘diskriminatif’ terhadap China ditarik semula.

Sebelum ini, Korea Selatan berhenti mengeluarkan visa pelancong untuk pegembara China dan langkah itu disebutkan sebagai ‘tidak saintifik’ dan ‘tidak boleh diterima’ oleh Kementerian Luar China.

Sementara itu, Kementerian Luar Korea Selatan memaklumkan bahawa polisi yang diperkenalkan adalah mengikut bukti saintifik dan objektif.

Dalam pada itu, Jepun pada masa ini dilaporkan membenarkan pelawat China untuk memasuki negara itu dengan syarat pengembara berkenaan negatif Covid.

Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea Selatan, kira-kira satu pertiga daripada semua ketibaan dari China disahkan positif Covid sebelum sekatan visa dilaksanakan.

Lapangan terbang antarabangsa Incheon di Seoul merupakan satu-satunya lapangan terbang Korea Selatan yang masih membenarkan penerbangan dari China yang ketibaannya disambut oleh anggota tentera.

Sumber: BBC