Beijing – China dilapor merekodkan dua kematian pertama Covid-19 dalam tempoh dua tahun, sejak pandemik itu melanda dunia. Perkara itu disahkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan pada Sabtu. Kedua-dua kes kematian ini berlaku wilayah Timur Laut, Jilin. Kes berkenaan dicatatkan ketika China sedang berdepan dengan peningkatan kes baharu dan terburuk sejak awal wabak itu muncul.
Kematian itu adalah yang pertama dilaporkan sejak Januari 2021 dan menjadikan jumlah kematian angkara Covid-19 di China meningkat kepada 4,638.
Secara keseluruhan, China melaporkan 4,051 kes baharu pada hari ini menurun berbanding semalam iaitu 4,365 kes. Bagaimanapun, separuh daripada angka kes jangkitan Covid-19 berpunca daripada wilayah Jilin.
Memetik daripada laporan NDTv, wilayah tersebut merupakan antara wilayah paling teruk terkena jangkitan wabak kali ini hingga memaksa kerajaan melaksanakan perintah berkurung disana.
Terdahulu, virus Covid-19 pertama kali dikesan di banda Wuhan pada 2019. Sejak itu, dunia menyaksikan virus berkenaan tersebar ke banyak negara dan Malaysia tidak kecuali.
Saintis kemudian berjaya mengesan beberapa varian virus berkenaan antaranya Delta dan yang terkini adalah Omicron.
BACA: Wanita Beratur Dua Jam Nak “Swab Test”, Sampai Giliran Rupanya Tersilap Beratur Gerai Ayam Panggang
Sumber: NDTV
