Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Churros+ Diserbu Rakyat Malaysia Sempena Meraikan Status Halal JAKIM

HALAL

Churros+ Diserbu Rakyat Malaysia Sempena Meraikan Status Halal JAKIM

Jenama snek churros kegemaran ramai yang kini berwajah baharu, Churros+, dengan bangganya mengumumkan bahawa mereka telah memperolehi Pensijilan Halal rasmi daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi tujuh buah outlet dalam tempoh kurang enam bulan selepas proses penjenamaan semula.

Pencapaian ini melambangkan komitmen tinggi jenama dalam memastikan setiap produk yang disediakan memenuhi standard halal yang diyakini, serta diiktiraf secara rasmi. Kejayaan ini juga merupakan hasil daripada persediaan yang rapi, komitmen pengurusan, serta kerjasama penuh seluruh pasukan dalam aspek pemilihan bahan mentah, proses operasi, dokumentasi, dan standard kebersihan.

Penjenamaan semula daripada Street Churros kepada Churros+ dilakukan untuk membawa jenama ke arah yang lebih moden, lebih dekat dengan gaya hidup pelanggan masa kini, dan lebih relevan untuk pasaran Malaysia menerusi identiti yang lebih segar serta berani.

Ia turut mencetuskan satu fenomena luar biasa apabila ribuan peminat snek premium sanggup membanjiri cawangan mereka bersempena dengan pelancaran promosi mega "Let’s Celebrate Chu-gether" bersempena raian Pensijilan Halal ini.

Kempen yang berlangsung dari 22 hingga 24 Mei 2026 itu menyaksikan ketujuh-tujuh cawangan Churros+ yang telah disahkan halal iaitu di Pavilion Bukit Jalil, IOI City Mall, One Utama, MyTown, NU Sentral, The Exchange TRX, dan AEON Seremban 2 sesak dengan barisan beratur panjang pelanggan yang teruja untuk merebut tawaran potongan 50% untuk semua item menerusi aplikasi Cornery Food App. Sambutan yang di luar jangkaan ini membuktikan betapa status halal yang diiktiraf rasmi ini menjadi simbol kepercayaan, kualiti, dan keyakinan padat pengguna terhadap penjenamaan moden ini. 

Menyentuh mengenai kepentingan pencapaian halal kepada hala tuju perniagaan syarikat, YBhg Dato' Joe Tan Kwang Wee, Pengarah Urusan Cornery FNB Sdn. Bhd. berkata, "Pensijilan halal ini mencerminkan usaha berterusan Churros+ dalam memberikan produk yang berkualiti tinggi, bersih, dan diyakini pelanggan. Bagi kami, halal bukan sekadar logo atau pensijilan, tetapi ia adalah satu tanggungjawab dalam memastikan pelanggan menerima pengalaman yang terbaik setiap kali menikmati produk Churros+.

Beliau menambah, “Bagi meraikan kejayaan bermakna ini dan sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga atas sokongan padu para pelanggan sejak dari zaman Street Churros, Churros+ telah melancarkan promosi mega "Let’s Celebrate Chu-gether” yang julung kali diadakan.”

JANGAN TERLEPAS! LEBIH BANYAK PROMOSI & BAUCAR MENANTI ANDA 

Bagi yang terlepas peluang menikmati promosi mega tempoh hari, perjalanan manis bersama Churros+ tidak berakhir di sini. Sebagai sebuah lifestyle brand yang dinamik, moden, dan sentiasa dekat dengan gaya hidup digital pelanggan, Churros+ kini mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus mengikuti akaun media sosial rasmi mereka serta memuat turun aplikasi Cornery Food App di Apple App Store atau Google Play Store. 

Langkah digital ini bukan sekadar platform pesanan mudah, malah ia merupakan gerbang utama untuk pelanggan mengumpul ganjaran menarik. Pihak pengurusan memberi bayangan bahawa lebih banyak siri promosi hebat, menu inovasi eksperimental (barisan menu inovasi eksperimental yang pelbagai rasa yang kreatif dan unik), serta baucar-baucar diskaun eksklusif bakal diluncurkan secara berkala menerusi aplikasi berkenaan tidak lama lagi. 

Pastikan anda sentiasa menekan butang 'Follow' pada media sosial Churros+ dan aplikasi Cornery Food App sentiasa aktif di telefon pintar anda agar tidak ketinggalan merebut kejutan istimewa seterusnya!

MAKLUMAT PROMOSI MEGA "Let’s Celebrate Chu-gether” 

POTONGAN 50% UNTUK SEMUA ITEM

● Tarikh: 22 – 24 Mei 2026 

● Masa: 3:00 PM – 5:00 PM sahaja 

● Had Kuota: 500 baucar setiap hari 

● Penebusan: Pembelian menerusi aplikasi Cornery Food App

Seiring dengan wajah baharu ini, Churros+ terus membezakan diri mereka dengan jenama lain melalui inovasi menu yang lebih dekat dengan citarasa tempatan dan trend semasa.

Joy Loop: Churros rangup berbentuk reben ikonik yang digoreng segar mengikut pesanan.

Heart Filling: Churros berinti sos premium padat.

Menu Inovasi Churros+: Topping moden, menu unik seperti Nasi Lemak MakChu, Hokkaido Cheese Churros, Honey BBQ Churros.