Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Covid-19: 11 Hari Berturut-Turut, Vietnam Rekod Tiada Kes Baharu

Gambar: Getty

Hanoi: Setakat 6 pagi 27 April, tiada kes baharu COVID-19 dilaporkan di Vietnam, hari ke-11 berturut-turut, kata Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Pengawalan COVID-19.

Iklan

Menurut agensi berita Vietnam (VNA) jumlah kes di negara ini kekal pada 270, dengan 225 pesakit pulih dan tiada kematian dicatatkan.

Sebanyak 52,428 orang berada di bawah kuarantin di seluruh negara, termasuk di 323 hospital, 11,311 di kemudahan lain dan selebihnya di rumah.

Sumber: Bernama