Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

COVID-19: 15,549 Kes Dicatatkan Hari Ini, Sarawak Tertinggi Dengan 2,929 Kes

Gambar Hiasan Via Live Science

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 15,549 kes baharu COVID-19 yang telah dicatatkan pada hari ini.

Pertambahan kes harian itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 2,082,876 kes.

Menurut data yang dikongsikan olehnya di Twitter, Sarawak mencatatkan kes harian tertinggi iaitu dengan 2,929 kes, diikuti oleh Johor dengan 2,208 kes dan Selangor dengan 1,995 kes.

Sementara itu, antara negeri yang masih lagi mencatatkan kes empat angka adalah Sabah, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Perak.

Manakala, Labuan pula hanya mencatatkan 11 kes pada hari ini.

Sumber: Noor Hisham Abdullah