Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

COVID-19: 24,316 Kes Baharu, 64 Lagi Kematian Direkodkan

covid-19 24 mac
Gambar via Bernama

KUALA LUMPUR – Sebanyak 24,316 kes positif harian COVID-19 direkodkan di Malaysia setakat tengah malam semalam (24 Mac 2022).

Menurut data yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, kes baharu yang dicatat melibatkan 24,019 kes tempatan, manakala 297 lagi adalah kes import.

Jumlah tersebut menjadikan bilangan kes kumulatif COVID-19 di negara ini bertambah kepada 4,079,242 kes.

Sementara itu, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 321 pesakit, di mana 194 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala bagi kes kematian, kemaskini di laman COVIDNOW merekodkan 64 kes kematian termasuk 18 kes luar hospital atau brought in dead (BID).

Sumber: KP Kesihatan, COVIDNOW