Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

COVID-19: Hanya Lima Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini

Gambar: Bernama

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya telah berkongsikan tentang maklumat kes positif mengikut negeri.

Menurut ciapan tersebut, setakat 16 Mei, jam 12 tengah hari, sebanyak lima negeri telah dikesan mencatatkan kes positif baharu. Kesemua jumlah kes yang dilaporkan itu berjumlah sebanyak 17 kes.

Antara negeri tersebut adalah Selangor (1 kes), Kuala Lumpur (7 kes), Putrajaya (1 kes), Pahang (7 kes), dan Sabah (1 kes).

Pun begitu, KKM turut menjelaskan bahawa daripada 17 kes positif baharu itu, 6 adalah kes import manakala 11 lagi berkaitan penularan tempatan yang melibatkan 5 bukan warganegara Malaysia.

Sumber: KKM